Khamis, 23 Januari 2014

KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI, KERJAYA, SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH SIK



1.0 PENGENALAN
Setiap pelajar dan belia berpotensi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan masing-masing. Dalam konteks Malaysia, belia diberi takrif individu yang berumur lingkungan 15 hingga 40 tahun. Ini menunjukkan belia meliputi individu peringkat sekolah menengah (15-19 tahun) dan pendidikan lanjutan (20 – 24 tahun) serta individu yang telah melepasi perinkgat umur pendidikan formal. Salah satu usaha untuk memastikan agar belia ini mampu mencipta kejayaan mengikut kecenderungan dan kemampuan masing-masing adalah melalui pendidikan tentang peluang melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi serta peluang-peluang kerjaya di masa hadapan. Justeru itu, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia Sik mengambil inisiatif mengadakan Karnival Pendidikan Tinggi, Kerjaya, Sains dan Teknologi untuk meningkatkan motivasi pelajar dan belia agar belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan kudrat yang ada untuk bekerja sama ada dalam bidang realistic, investigation, artsitic, social, enterprising dan conventional bagi mencapai cita-cita sendiri dan seterusnya menjayakan wawasan 2020 yang menekankan keperluan sains 60% dan sastera 40%.

2.0 MATLAMAT
Melahirkan individu yang mencapai kecemerlangan seimbang dari aspek rohani, intelek, sosial, emosi dan jasmani.

3.0 OBJEKTIF
  1. Menyediakan ruang untuk pelajar dan belia mengetahui peluang-peluang pendidikan dan kerjaya khususnya lagi dalam bidang sains dan teknologi.
  2. Memberi sokongan kepada pelajar dan belia untuk mencapai cita-cita diri khususnya lagi dalam bidang sains dan teknologi.
  3. Mendidik pelajar dan belia merancang pendidikan dan kerjaya diri khususnya dalam bidang sains dan teknologi.
  4. Melatih belia memuhasabah diri dan melakukan proses pemantapan kekuatan diri
  5. Mengadakan sumber untuk belia berbincang tentang pendidikan lanjutan dan kerjaya
  6. Ibubapa dan orang ramai lebih memahami tentang peluang pendidikan dan kerjaya
  7. Ibubapa dan orang ramai lebih memahami tentang pengurusan kewangan untuk anak – anak melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi

4.0 ANJURAN
Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM Sik).

5.0 DENGAN KERJASAMA
Pusat Penyelidikan Tenaga Diperbaharuai USM, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air(KETTHA),

6.0 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar dan belia daerah Sik dan Baling serta para pelajar sekolah daerah Sik dan Baling

7.0 PENGISIAN
Bil
Aktiviti
Masa
Tempat
1
Ceramah Pendidikan dan Kerjaya
8.30pg – 10.30pg
Dewan Dua
2
Pameran Sains dan Teknologi
9.30pg– 12.00mlm
Bas dan khemah
3
Demonstrasi Sains
10.30pg, 2.15 ptg
Khemah
4
Pameran Pendidikan dan Kerjaya
9.30pg – 4.00ptg
Dewan Utama & khemah
5
Temuduga melanjutkan pelajaran
9.00pg - 5.00ptg
Dewan Tiga
6
Temuduga kerja
9.00pg - 5.00ptg
Bilik
7
Kaunter pengesahan salinan sijil
8.30pg – 4.00ptg
Lobi
8
Kuiz
10.00pg – 4.00ptg
Khemah
9
Konsultasi pendidikan dan kerjaya
9.00pg – 5.00ptg
Khemah

8.0 TARIKH/ TEMPAT
19-21 Mac 2014 (Rabu – Jumaat) bertempat di Dewan Utama Sik Inn dan sekitar kawasan Sik Inn, Sik, Kedah serta Masjid Jami` Pekan Sik.


9.0 ATURCARA PROGRAM

Hari Pertama – 19 Mac 2014 (Rabu)
7.30 pg             Pendaftaran peserta seminar dan peserta pameran
8.30 pg             Ceramah Pendidikan dan Kerjaya - Kerjaya Dalam kehidupan; Kedudukannya di Dalam Islam (dewan dua)
                        Kaunter pengesahan salinan sijil (lobi)
9.00 pg             Temuduga melanjutkan pelajaran (dewan tiga)
                        Temuduga permohonan kerja     (bilik)
                        Konsultasi pendidikan tinggi dan kerjaya (khemah –kaunselor sekolah dan agensi kerajaan yang lain di daerah  Sik dan Baling)
9.30pg              Pameran Sains dan Teknologi – Bas dan khemah
Pameran Pendidikan dan Kerjaya di Dewan Utama bermula untuk orang ramai (dewan utama & khemah)
1.15 ptg            Rehat – makan tengahari, solat Jumaat
2.30 ptg            Sambungan pameran,pengesahan salinan sijil, temuduga melanjutkan pelajaran dan temuduga kerja
                        Demontrasi Sains, Solat Asar         
6.00 ptg            Semua bersurai
9.00 mlm           Sambungan pameran Sains dan Teknologi – Pencerapan Bintang
12.00 mlm         Bersurai

Hari kedua – 20 Mac 2014 (Khamis)
7.30 pg             Pendaftaran peserta seminar dan peserta pameran
8.30 pg             Ceramah Pendidikan dan Kerjaya - Kerjaya Dalam kehidupan; Sains dan Teknologi Dalam Islam (dewan dua)
                        Kaunter pengesahan salinan sijil (lobi)
9.00 pg             Temuduga melanjutkan pelajaran (dewan tiga)
                        Temuduga permohonan kerja     (bilik)
                        Konsultasi pendidikan tinggi dan kerjaya (khemah –kaunselor sekolah dan agensi kerajaan yang lain di daerah  Sik dan Baling)
9.30pg              Pameran Sains dan Teknologi – Bas dan khemah
Pameran Pendidikan dan Kerjaya di Dewan Utama bermula untuk orang ramai (dewan utama & khemah)
1.15 ptg            Rehat – makan tengahari, solat Zohor
2.30 ptg            Sambungan pameran,pengesahan salinan sijil, temuduga melanjutkan pelajaran dan temuduga kerja
                        Demontrasi Sains, Solat Asar         
6.00 ptg            Semua bersurai
9.00 mlm           Sambungan pameran Sains dan Teknologi – Pencerapan Bintang
12.00 mlm         Bersurai



Hari ketiga – 21 Mac 2014 (Jumaat)
7.30 pg             Pendaftaran peserta seminar dan peserta pameran
8.30 pg             Ceramah Pendidikan dan Kerjaya - Kerjaya Kemahiran Dalam Islam (dewan dua)
                        Kaunter pengesahan salinan sijil (lobi)
9.00 pg             Temuduga melanjutkan pelajaran (dewan tiga)
                        Temuduga permohonan kerja     (bilik)
                        Konsultasi pendidikan tinggi dan kerjaya (khemah –kaunselor sekolah dan agensi kerajaan yang lain di daerah  Sik dan Baling)
9.30pg              Pameran Sains dan Teknologi – Bas dan khemah
Pameran Pendidikan dan Kerjaya di Dewan Utama bermula untuk orang ramai (dewan utama & khemah)
12.15 ptg          Rehat – makan tengahari, solat Jumaat  
2.45 ptg            Sambungan pameran,pengesahan salinan sijil, temuduga melanjutkan pelajaran dan temuduga kerja
                        Demontrasi Sains, Solat Asar         
6.00 ptg            Semua bersurai
9.00 mlm           Sambungan pameran Sains dan Teknologi – Pencerapan Bintang
12.00 mlm         Bersurai


10.0 PENUTUP
Insya Allah dengan adanya program ini akan dapat membantu pelajar dan belia mencapai kecemerlangan diri secara seimbang dan seterusnya menjayakan wawasan 2020.