Isnin, 24 Mac 2014

ALHAMDULILLAH,PROGRAM KSTHPT SUDAH SELESAI, BERTINDAK UNTUK YANG SETERUSNYA

Alhamdulillah, Karnival Sains, Teknologi Hijau dan Pendidikan Tinggi telah selesai dilaksanakan pada 19-21 Mac di Padang Awam Sik hasil kerjasama C3 USM, Pusat Sains Negara semua cawangan, KETTHA, Pejabat Parlimen Sik, Jabatan Penerangan Kedah daerah Sik, Persatuan Anak-anak Sik, K1M daerah Sik serta agensi yang melakukan pameran.
Antara institusi pendidikan yang terlibat melakukan pameran pendidikan adalah


Antara booth pendidikan yang ada adalah
1.       UniKL MSI,
2.       Kolej KPJ,
3.       Giat MARA,
4.       Institut Kemahiran MARA
5.       Universiti Industri Selangor(UNISEL)
6.       Universiti Sultan Zanal Abidin,
7.       Aimst Universiti,
8.        PTPTN,
9.   Institut Profesional Baitulmal,
10.   Kolej Multimedia,
11.   Kolej Universiti Insaniah,
12.   Kolej Dar Al Hikmah,
13.   Kolej Kimberky,
14.   Kolej Islam Pulau Pinang(KITAB),
15.   Kolej RISDA
16. Institut Kemahiran Tinggi Langkawi (IKTL).
17. ILP Jitra
18. ADTEC Kulim

Jazakallahukhoironkathiro kepada semua yang menjayakan program ini

Selasa, 11 Mac 2014

PENAIKTARAFAN PROGRAM HARI PENDIDIKAN TINGGI, KERJAYA, SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH SIK 2014

PENAIKTARAFAN PROGRAM HARI PENDIDIKAN TINGGI, KERJAYA, SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH SIK 2014

KEPADA

PROGRAM KARNIVAL KOMUNITI 1 MALAYSIA, SAINS, TEKNOLOGI, INOVASI DAN PENGAJIAN TINGGI 2014 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Sehubungan dengan itu, tempat program berubah dari Sik Inn ke Padang Awam Sik (jarak antara kedua-dua tempat ini adalah lingkungan 1.5km sahaja).

Pelbagai Aktiviti tambahan diadakan sempena dengan penaiktarafan program ini iaitu:
1.Pameran IPT/IPTS (sedia ada)
2.Pameran Agensi Kerajaan (tambahan)
3.Pameran Agensi Swasta (tambahan)
4.Ceramah kerjaya - 3 tajuk (sedia ada)
 a. Kerjaya;Kedudukannya Dalam Islam
 b. Kerjaya Sains dan Teknologi dlm Islam
 c. Kerjaya Kemahiran dalam Islam
5.Taklimat IPT

6.Forum Perdana - (tambahan)
7. Pengambilan pelajar lepasan SPM/STPM (selain upu online) * untuk pengesahan sijil/dokumen bagi proses kemasukan ke IPT, sila bawa sijil/dokumen asal.pengesahan tidak boleh dilakukan tanpa dokumen asal.
8.Ujian kerjaya (dikendalikan oleh 20 kaunselor di gerai inventori kerjaya)
9.Cerapan bintang - (sedia ada)
10.Mini planetarium - (sedia ada)
11.Demonstrasi Sains - (sedia ada)
12.Kuiz (sedia ada)
13.Pertandingan (tambahan)
 a. mewarna kanak-kanak Kemas
 b. sukan rakyat
14.Persembahan (tambahan)
 a. gendang silat
 b. gendang siam
15.Cabutan nombor bertuah (tambahan)
16.Kaunter Pendaftaran Pelawat; para pelawat diminta untuk berdaftar di kaunter pendaftaran terlebih dahulu sebaik memasuki kawasan pameran. Pihak sekolah/institusi yang membawa pelajar/ahli kumpulan datang melawat dimohon agar dapat menyediakan senarai nama pelajar/kumpulan yang datang melawat untuk diserahkan di kaunter pendaftaran bagi mempercepatkan proses pendaftaran.
Semua dijemput hadir.Hubungi urusetia untuk sebarang pertanyaan. 01115417156
Hebah-hebahkan kepada orang ramai.

Tempat penginapan:
Sik Inn 044694288
Hotel Melur 044692149