Khamis, 17 Julai 2014

PROGRAM PEMBANGUNAN JATI DIRI PEJABAT BELIA DAN SUKAN UNTUK BELIA 15 TAHUN -25 TAHUN YANG SUDAH TIDAK BERSEKOLAH/MENYAMBUNG PENGAJIAN DAN TIDAK BEKERJA

Assalamualaikumwarahmatullah,

PERHATIAN KEPADA MANA - MANA INDIVIDU YANG MEMPUNYAI ANAK ATAU SAUDARA MARA ATAU JIRAN YANG BERUMUR LINGKUNGAN 15-25 TAHUN DAN SUDAH TIDAK BERSEKOLAH/MENYAMBUNG PENGAJIAN DAN TIDAK BEKERJA/TERLIBAT DENGAN GEJALA SOSIAL DAN INGIN MENGHANTAR MEREKA KE PROGRAM JATI DIRI ANJURAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH SELAMA SEBULAN, BOLEH MENGHUBUNGI PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MASING - MASING DENGAN SEGERA.
SEMOGA KITA BERJAYA MEMBANTU MEREKA MEMBENTUK JATI DIRI YANG SESUAI DENGAN FITRAH KEJADIAN MANUSIA.
WALLAHUA`LAM.
JAZAKALLAHUKHOIRONKATHIRO.

Isnin, 7 Julai 2014

JAYAKAN KEMPEN DERMA SEMPENA IHYA` RAMADHAN

Assalamualaikumwarahmatullah,
Mohon bantuan dan kerjasama semua untuk membantu menjayakan kempen derma yang telah dilancarkan  sempena Ihya` Ramadhan 1435H. Bantuan boleh diberi dalam bentuk barangan atau sumbangan kewangan pakej (RM50) atau jumlah yang ingin disumbangkan ke dalam akaun organisasi. Bantuan juga boleh diberikan melalui pembelian atau penjualan Diari Ramadhan 1435H. Semoga sedekah kita menjadi jalan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..Jazakallahukhoironkathiro.Tabarakallah

Sabtu, 28 Jun 2014

GOTONG-ROYONG MENANAM POKOK

Assalamualaikumwarahmatullah,
ALhamdulillah
pada 28 Jun 2014(Sabtu) bermula jam 8pg ABIM Sik dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Sik, Pejabat dan Sukan Daerah Sik serta Rakan Muda Sukarelawan Daerah Sik telah mengadakan program Gotong - Royong Menanam Pokok Buah - buahan di sekeliling kawasan Rumah Gemilang Putera Chepir. Sebanyak 20 anak pokok pelbagai jenis buah-buahan telah ditanam di sekitar kawasan tersebut. Semoga semuanya mendapat keredhoan dan keberkatan di sisi Allah s.w.t. Selamat Menyambut Ramadhan 1415H.

PROGRAM ihya` ramadhan SEORANG SEKAMPIT BERAS, SEKILO TEPUNG & GULA, SEBUNGKUS GARAM, TEH & KOPI / PAKEJ RM50.



Description: Description: ABIM NEGERI KEDAH

PROGRAM ihya` ramadhan
SEORANG SEKAMPIT BERAS, SEKILO TEPUNG & GULA,
SEBUNGKUS GARAM, TEH & KOPI / pakej rm50.
 



“Barangsiapa membuat amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya”
(Al – An`am 6:160)
“Sesiapa bersedekah seberat biji kurma daripada usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kananNya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak – anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung”.
(Al Bukhari & Muslim)  
5 ANUGERAH DI DUNIA
5 ANUGERAH DI AKHIRAT
MENSUCIKAN HARTA DAN BADANNYA
BERTAMBAH DARJATNYA DI DALAM SYURGA
MENUTUP 70 PINTU KEJAHATAN
RINGAN HISABNYA
MENOLAK BALA DAN KEJAHATAN
BERAT TIMBANGAN AMALNYA
BERKAT HARTANYA DAN DILUASKAN ALLAH REZEKINYA
MUDAH MELALUI TITIAN SIRATUL-MUSTAQIM
MENGGEMBIRAKAN ORANG MISKIN DAN ORANG MUKMIN ADALAH SEMULIA-MULIA AMAL
DINAUNGKAN ALLAH DI HARI KIAMAT KETIKA SANGAT PANAS

Sempena Ramadhan ini, pihak ABIM Sik mengadakan program Ihya` Ramadhan SEORANG SEKAMPIT BERAS(10kg), SEKILO TEPUNG DAN GULA, SEBUNGKUS GARAM, TEH DAN KOPI / pakej RM50. Program ini bertujuan mengumpulkan derma daripada orang ramai dalam bentuk pakej  (beras, tepung, gula, garam, kopi dan teh) untuk disedekahkan kepada golongan yang memerlukannya khususnya dalam daerah Sik. Sehubungan dengan itu, orang ramai juga diminta memberikan maklumat kepada pihak ABIM Sik berkaitan individu yang layak menerima derma ini bagi memudahkan penyaluran bantuan. Semua sumbangan boleh dihantar ke pusat pengumpulan di alamat :
ABIM SIK d/a Rumah Gemilang Sik, Kg Banggol Derdap, 08200 Sik, Kedah. Sebarang sumbangan ke arah menjayakan program/aktiviti kemasyarakatan boleh dimasukkan  ke akaun ABIM Sik. Bank Agro nombor 2005101000020690. Telefon 0111-5417156 / 04-4693763 Jazakallahukhoironkathiro.

JUALAN DIARI RAMADHAN 1415H

Assalamualaikumwarahmatullah,
ABIM SIK  telah menerbitkan DIARI RAMADHAN 1415H untuk jualan bagi mencari dana untuk melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan. Harga senaskah adalah RM3(40muka surat).Kepada mana - mana pihak yang ingin memiliki diari ini atau tolong menjual diari ini boleh menghubungi ABIM SIKdi talian 01115417156 samada melalui sms @ telefon. Semoga sokongan dan pertolongan anda mendapat keredhoan dan keberkatan di sisi Allah s.w.t..

Isnin, 16 Jun 2014

INSYA ALLAH PROGRAM-PROGRAM AKAN DATANG

Assalamualaikumwarahmatullah,

Insya Allah beberapa program yang akan menjelang setelah syawal selain kempen derma sempena Rejab, Sya`ban dan Ramadhan adalah seperti berikut:
1. Program Dakwah Bil Hal (28-31/8)
2. Program Motivasi Jati Diri Pelajar Miskin / Anak Yatim (Ogos, September dan Oktober secara bersiri)
3. Bengkel Kepimpinan Islam(12-16/9)
4. Program Engkau Waris Terbilang [Belia High Risk](20-25/12)

Penyertaan terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Sebarang bentuk derma/penajaan bagi menjayakan program di atas, sangat dialu-alukan.
Semoga semua usaha ini dapat membantu masyarakat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dalam ikhtiar menghadapi ujian dan dugaan daripada Allah s.w.t. serta seterusnya mendapat keredhoan dan keberkatan di sisi Allah s.w.t..

Rabu, 11 Jun 2014

PROGRAM RAKAN MUDA MYCAMP(LATIHAN SUKARELAWAN) DAERAH SIK



Assalamualaikumwarahmatullah
PROGRAM RAKAN MUDA MYCAMP(LATIHAN SUKARELAWAN) 2014 DAERAH SIK
Negeri            :  KEDAH DARUL AMAN
Daerah          :  Sik
Tempat          : 19 hingga 22 Jun di Muda Resort Kota Aur, 22-23 Jun di Kuala Teliang
Masa Pendaftaran : 2.00 petang di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik
PERCUMA
BERMINAT HUBUNGI  URUSETIA
-0194511403
-01115417156
ATAU EMAIL ydpabimsik@gmail.com
UMUR 15-25 TAHUN

Jazakallahukhoir.Tabarakallah

Ahad, 18 Mei 2014

KEMPEN DERMA SEORANG RAKYAT MALAYSIA RM1 SETIAP BULAN UNTUK ORANG MISKIN, ANAK YATIM DAN PROGRAM PENDIDIKAN/PEMBANGUNAN JATIDIRI MASYARAKAT DAERAH SIK

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

KEMPEN DERMA SEORANG RAKYAT MALAYSIA RM1 SETIAP BULAN UNTUK ORANG MISKIN, ANAK YATIM DAN PROGRAM PENDIDIKAN/PEMBANGUNAN JATIDIRI MASYARAKAT DAERAH SIK
SEMPENA BULAN REJAB, SYA`ABAN DAN RAMADHAN

PIHAK ABIM SIK MENGALU-ALUKAN SEBARANG BENTUK SUMBANGAN KHUSUSNYA KEWANGAN DARIPADA ORANG RAMAI UNTUK DIDERMAKAN KEPADA ORANG MISKIN DAN ANAK- ANAK YATIM DI DAERAH SIK.

ALHAMDULILLAH, SEHINGGA KINI SEMUA HASIL DERMA SEMPENA KEMPEN IHYA` RAMADHAN DAN IHYA` ADHA TELAH DISAMPAIKAN KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN.IANYA TIDAK DIMASUKKAN DALAM TABUNG RUMAH GEMILANG MELAINKAN DINYATAKAN SECARA KHUSUS UNTUK RUMAH GEMILANG.

UNTUK MAKLUMAN, HANYA SEBILANGAN KECIL ANAK - ANAK YATIM YANG MAMPU DITAMPUNG OLEH RUMAH GEMILANG SIK DAN MASIH RAMAI YANG TIDAK DITEMPATKAN DI RUMAH GEMILANG. BEGITU JUGA DENGAN ORANG MISKIN.

OLEH ITU SUMBANGAN ORANG RAMAI SECARA BERTERUSAN UNTUK TABUNG INI (DI SAMPING DERMA UNTUK RUMAH GEMILANG) AMATLAH DIHARAPKAN AGAR BANTUAN UNTUK MEREKA DAPAT DISAMPAIKAN SECARA BERTERUSAN SEPANJANG TAHUN.

SELAIN ITU, ABIM SIK JUGA TURUT MENGADAKAN PROGRAM KEILMUAN DAN PEMBANGUNAN JATIDIRI MASYARAKAT KHUSUSNYA UNTUK PENDUDUK SETEMPAT. SEGALA BENTUK SUMBANGAN JUGA AKAN DIGUNAKAN UNTUK PROGRAM KEILMUAN DAN PEMBANGUNAN JATI DIRI MASYARAKAT.

SEMUA SUMBANGAN BOLEH DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN ABIM SIK DI
BANK AGRO 2005-1010-0002-0690
TELEFON:0111-5417156
EMAIL:ydpabimsik@gmail.com
LAMAN WEB: abimsik.blogspot.com
SUMBANGAN JUGA BOLEH DIHANTAR SECARA TERUS KE PEJABAT ABIM SIK DI :
RUMAH GEMILANG, KG BANGGOL DERDAP, 08200 SIK
(SILA NYATAKAN BAHAWA DERMA TERSEBUT UNTUK PROGRAM ABIM KERANA TABUNG KEBAJIKAN ABIM DAN TABUNG RUMAH GEMILANG ADALAH BERASINGAN)

SEGALA SUMBANGAN DARIPADA DIDAHULUI DENGAN UCAPAN JAZAKALLAHUKHOIRONKATHIRO DAN BARAKALLAHUFIKUM.

GOTONG-ROYONG TANAH LADANG GETAH YAYASAN TAKMIR

Assalamualaikumwarahmatullah,
Alhamdulillah,
18 Mei beberapa orang ahli ABIM Sik telah membantu ABIM Kedah melaksanakan gotong - royong membersihkan tanah ladang getah milik yayasan takmir. Kudrat yang ada tidak mampu menyelesaikan keseluruhan kawasan. Insya Allah bertemu lagi kita semua untuk membantu membersihkan kawasan selebihnya.

Isnin, 12 Mei 2014

KARNIVAL BELIA DAERAH SIK 2014

Assalamualaikumwarahmatullah,

Insya Allah Karnival Belia Daerah Sik akan diadakan pada 5-9 Jun 2014 bertempat di Bandar Baru Beris Jaya.
Semua dijemput hadir.

KURSUS SENAMROBIK (WANITA SAHAJA) DAERAH SIK 2014

Assalamualaikumwarahmatullah

ALhamdulillah, Insya Allah Kursus Senamrobik (Wanita Sahaja) daerah Sik dianjurkan oleh ABIM Sik dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik akan diadakan pada 17 Mei 2014 bertempat di Pusat Latihan Pertanian Daerah Sik Charuk Padang bermula jam 8.00 pagi. Semua (wanita sahaja) Dijemput hadir.

PROGRAM BERSAMA HJ AZAM DAN KURSUS KEWANGAN 'SMART MANAGER PARTNERSHIP'

Assalamualaikumwarahmatullah,
Pada 2 Mei telah diadakan program Bersama Haji Azam (ayah arwah Allahyarham Amar)bekas YDP ABIM Kebangsaan anjuran ABIM Kedah bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Alor Setar. ALhamdulillah, ahli  ABIM Sik seramai 21 orang langkah kanan dan serampang dua mata kerana datang dari jauh dan dapat menyertai kedua-dua program serentak setelah program Bersama Haji Azam selesai jam 5.00 petang manakala program Kursus Kewangan bermula selepas solat Maghrib.

Alhamdulillah, ABIM Sik menghantar wakil seramai 21 orang peserta mengikuti kursus berkenaan yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Negeri Kedah pada 2 & 3 Mei juga bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Alor Setar. Insya Allah program ini akan cuba dianjurkan di daerah Sik memandangkan ilmu yang disampaikan sangat bermanfaat.

Jazakallahukhaoironkathiro kepada semua yang memberi ruang dan peluang kepada ABIM Sik

PROGRAM AMAL ISLAMI 2014

Assalamuaaimuwarahmatullah,

Alhamdulillah, setelah selesai program Karnival Teknologi Hijau da Pendidikan Tinggi tempoh hari yang penuh dengan cabaran dan dugaan sebagai ujian daripada Allah, pada 26 April(Sabtu), ABIM Sik telah menghantar sukarelawan bagi membantu menjayakan Program Amal Islami peringkat daerah Sik yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Pejabat Belia Sukan Negeri Kedah, Majlis Belia Malaysia Sik dan Persatuan Sukan dan Rekreasi Daerah Sik. Seramai lebih kurang 120 penyertaan diterima dalam pertandingan nasyid, tilawah Al-Qur`an dan azan. Program telah dilaksanakan di Dewan Padang Awam Sik.

Isnin, 24 Mac 2014

ALHAMDULILLAH,PROGRAM KSTHPT SUDAH SELESAI, BERTINDAK UNTUK YANG SETERUSNYA

Alhamdulillah, Karnival Sains, Teknologi Hijau dan Pendidikan Tinggi telah selesai dilaksanakan pada 19-21 Mac di Padang Awam Sik hasil kerjasama C3 USM, Pusat Sains Negara semua cawangan, KETTHA, Pejabat Parlimen Sik, Jabatan Penerangan Kedah daerah Sik, Persatuan Anak-anak Sik, K1M daerah Sik serta agensi yang melakukan pameran.
Antara institusi pendidikan yang terlibat melakukan pameran pendidikan adalah


Antara booth pendidikan yang ada adalah
1.       UniKL MSI,
2.       Kolej KPJ,
3.       Giat MARA,
4.       Institut Kemahiran MARA
5.       Universiti Industri Selangor(UNISEL)
6.       Universiti Sultan Zanal Abidin,
7.       Aimst Universiti,
8.        PTPTN,
9.   Institut Profesional Baitulmal,
10.   Kolej Multimedia,
11.   Kolej Universiti Insaniah,
12.   Kolej Dar Al Hikmah,
13.   Kolej Kimberky,
14.   Kolej Islam Pulau Pinang(KITAB),
15.   Kolej RISDA
16. Institut Kemahiran Tinggi Langkawi (IKTL).
17. ILP Jitra
18. ADTEC Kulim

Jazakallahukhoironkathiro kepada semua yang menjayakan program ini

Selasa, 11 Mac 2014

PENAIKTARAFAN PROGRAM HARI PENDIDIKAN TINGGI, KERJAYA, SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH SIK 2014

PENAIKTARAFAN PROGRAM HARI PENDIDIKAN TINGGI, KERJAYA, SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH SIK 2014

KEPADA

PROGRAM KARNIVAL KOMUNITI 1 MALAYSIA, SAINS, TEKNOLOGI, INOVASI DAN PENGAJIAN TINGGI 2014 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Sehubungan dengan itu, tempat program berubah dari Sik Inn ke Padang Awam Sik (jarak antara kedua-dua tempat ini adalah lingkungan 1.5km sahaja).

Pelbagai Aktiviti tambahan diadakan sempena dengan penaiktarafan program ini iaitu:
1.Pameran IPT/IPTS (sedia ada)
2.Pameran Agensi Kerajaan (tambahan)
3.Pameran Agensi Swasta (tambahan)
4.Ceramah kerjaya - 3 tajuk (sedia ada)
 a. Kerjaya;Kedudukannya Dalam Islam
 b. Kerjaya Sains dan Teknologi dlm Islam
 c. Kerjaya Kemahiran dalam Islam
5.Taklimat IPT

6.Forum Perdana - (tambahan)
7. Pengambilan pelajar lepasan SPM/STPM (selain upu online) * untuk pengesahan sijil/dokumen bagi proses kemasukan ke IPT, sila bawa sijil/dokumen asal.pengesahan tidak boleh dilakukan tanpa dokumen asal.
8.Ujian kerjaya (dikendalikan oleh 20 kaunselor di gerai inventori kerjaya)
9.Cerapan bintang - (sedia ada)
10.Mini planetarium - (sedia ada)
11.Demonstrasi Sains - (sedia ada)
12.Kuiz (sedia ada)
13.Pertandingan (tambahan)
 a. mewarna kanak-kanak Kemas
 b. sukan rakyat
14.Persembahan (tambahan)
 a. gendang silat
 b. gendang siam
15.Cabutan nombor bertuah (tambahan)
16.Kaunter Pendaftaran Pelawat; para pelawat diminta untuk berdaftar di kaunter pendaftaran terlebih dahulu sebaik memasuki kawasan pameran. Pihak sekolah/institusi yang membawa pelajar/ahli kumpulan datang melawat dimohon agar dapat menyediakan senarai nama pelajar/kumpulan yang datang melawat untuk diserahkan di kaunter pendaftaran bagi mempercepatkan proses pendaftaran.
Semua dijemput hadir.Hubungi urusetia untuk sebarang pertanyaan. 01115417156
Hebah-hebahkan kepada orang ramai.

Tempat penginapan:
Sik Inn 044694288
Hotel Melur 044692149

Khamis, 27 Februari 2014

BERITA TERKINI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI, KERJAYA, SAINS DAN TEKNOLOGI 2014

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH,

ALHAMDULILLAH, TEMPAT PROGRAM AKAN BERPINDAH KE KAWASAN YANG LEBIH LUAS IAITU DARI SIK INN KE PADANG AWAM SIK DAN DEWAN SEBELAH PADANG AWAM SIK.TEMPAT PROGRAM BARU INI TIDAK JAUH DARI SIK INN.
KEPADA PESERTA YANG TELAH MENEMPAH SIK INN ATAU HOMESTAY BERHAMPIR TIDAK PERLU MENUKAR TEMPAT PENGINAPAN YANG LAIN.
SILA SEBARKAN PROGRAM INI KEPADA ORANG RAMAI KHUSUSNYA DI NEGERI KEDAH UNTUK BERAMAI-RAMAI DATANG KE PROGRAM INI.
JAZAKALLAHUKHOIRONKATHIRO KEPADA SEMUA YANG MENYOKONG DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI.
BARAKALLAH

Khamis, 23 Januari 2014

KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI, KERJAYA, SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH SIK



1.0 PENGENALAN
Setiap pelajar dan belia berpotensi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan masing-masing. Dalam konteks Malaysia, belia diberi takrif individu yang berumur lingkungan 15 hingga 40 tahun. Ini menunjukkan belia meliputi individu peringkat sekolah menengah (15-19 tahun) dan pendidikan lanjutan (20 – 24 tahun) serta individu yang telah melepasi perinkgat umur pendidikan formal. Salah satu usaha untuk memastikan agar belia ini mampu mencipta kejayaan mengikut kecenderungan dan kemampuan masing-masing adalah melalui pendidikan tentang peluang melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi serta peluang-peluang kerjaya di masa hadapan. Justeru itu, Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia Sik mengambil inisiatif mengadakan Karnival Pendidikan Tinggi, Kerjaya, Sains dan Teknologi untuk meningkatkan motivasi pelajar dan belia agar belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan kudrat yang ada untuk bekerja sama ada dalam bidang realistic, investigation, artsitic, social, enterprising dan conventional bagi mencapai cita-cita sendiri dan seterusnya menjayakan wawasan 2020 yang menekankan keperluan sains 60% dan sastera 40%.

2.0 MATLAMAT
Melahirkan individu yang mencapai kecemerlangan seimbang dari aspek rohani, intelek, sosial, emosi dan jasmani.

3.0 OBJEKTIF
  1. Menyediakan ruang untuk pelajar dan belia mengetahui peluang-peluang pendidikan dan kerjaya khususnya lagi dalam bidang sains dan teknologi.
  2. Memberi sokongan kepada pelajar dan belia untuk mencapai cita-cita diri khususnya lagi dalam bidang sains dan teknologi.
  3. Mendidik pelajar dan belia merancang pendidikan dan kerjaya diri khususnya dalam bidang sains dan teknologi.
  4. Melatih belia memuhasabah diri dan melakukan proses pemantapan kekuatan diri
  5. Mengadakan sumber untuk belia berbincang tentang pendidikan lanjutan dan kerjaya
  6. Ibubapa dan orang ramai lebih memahami tentang peluang pendidikan dan kerjaya
  7. Ibubapa dan orang ramai lebih memahami tentang pengurusan kewangan untuk anak – anak melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi

4.0 ANJURAN
Persatuan Fasilitator Motivasi Muslim Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM Sik).

5.0 DENGAN KERJASAMA
Pusat Penyelidikan Tenaga Diperbaharuai USM, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air(KETTHA),

6.0 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar dan belia daerah Sik dan Baling serta para pelajar sekolah daerah Sik dan Baling

7.0 PENGISIAN
Bil
Aktiviti
Masa
Tempat
1
Ceramah Pendidikan dan Kerjaya
8.30pg – 10.30pg
Dewan Dua
2
Pameran Sains dan Teknologi
9.30pg– 12.00mlm
Bas dan khemah
3
Demonstrasi Sains
10.30pg, 2.15 ptg
Khemah
4
Pameran Pendidikan dan Kerjaya
9.30pg – 4.00ptg
Dewan Utama & khemah
5
Temuduga melanjutkan pelajaran
9.00pg - 5.00ptg
Dewan Tiga
6
Temuduga kerja
9.00pg - 5.00ptg
Bilik
7
Kaunter pengesahan salinan sijil
8.30pg – 4.00ptg
Lobi
8
Kuiz
10.00pg – 4.00ptg
Khemah
9
Konsultasi pendidikan dan kerjaya
9.00pg – 5.00ptg
Khemah

8.0 TARIKH/ TEMPAT
19-21 Mac 2014 (Rabu – Jumaat) bertempat di Dewan Utama Sik Inn dan sekitar kawasan Sik Inn, Sik, Kedah serta Masjid Jami` Pekan Sik.


9.0 ATURCARA PROGRAM

Hari Pertama – 19 Mac 2014 (Rabu)
7.30 pg             Pendaftaran peserta seminar dan peserta pameran
8.30 pg             Ceramah Pendidikan dan Kerjaya - Kerjaya Dalam kehidupan; Kedudukannya di Dalam Islam (dewan dua)
                        Kaunter pengesahan salinan sijil (lobi)
9.00 pg             Temuduga melanjutkan pelajaran (dewan tiga)
                        Temuduga permohonan kerja     (bilik)
                        Konsultasi pendidikan tinggi dan kerjaya (khemah –kaunselor sekolah dan agensi kerajaan yang lain di daerah  Sik dan Baling)
9.30pg              Pameran Sains dan Teknologi – Bas dan khemah
Pameran Pendidikan dan Kerjaya di Dewan Utama bermula untuk orang ramai (dewan utama & khemah)
1.15 ptg            Rehat – makan tengahari, solat Jumaat
2.30 ptg            Sambungan pameran,pengesahan salinan sijil, temuduga melanjutkan pelajaran dan temuduga kerja
                        Demontrasi Sains, Solat Asar         
6.00 ptg            Semua bersurai
9.00 mlm           Sambungan pameran Sains dan Teknologi – Pencerapan Bintang
12.00 mlm         Bersurai

Hari kedua – 20 Mac 2014 (Khamis)
7.30 pg             Pendaftaran peserta seminar dan peserta pameran
8.30 pg             Ceramah Pendidikan dan Kerjaya - Kerjaya Dalam kehidupan; Sains dan Teknologi Dalam Islam (dewan dua)
                        Kaunter pengesahan salinan sijil (lobi)
9.00 pg             Temuduga melanjutkan pelajaran (dewan tiga)
                        Temuduga permohonan kerja     (bilik)
                        Konsultasi pendidikan tinggi dan kerjaya (khemah –kaunselor sekolah dan agensi kerajaan yang lain di daerah  Sik dan Baling)
9.30pg              Pameran Sains dan Teknologi – Bas dan khemah
Pameran Pendidikan dan Kerjaya di Dewan Utama bermula untuk orang ramai (dewan utama & khemah)
1.15 ptg            Rehat – makan tengahari, solat Zohor
2.30 ptg            Sambungan pameran,pengesahan salinan sijil, temuduga melanjutkan pelajaran dan temuduga kerja
                        Demontrasi Sains, Solat Asar         
6.00 ptg            Semua bersurai
9.00 mlm           Sambungan pameran Sains dan Teknologi – Pencerapan Bintang
12.00 mlm         Bersurai



Hari ketiga – 21 Mac 2014 (Jumaat)
7.30 pg             Pendaftaran peserta seminar dan peserta pameran
8.30 pg             Ceramah Pendidikan dan Kerjaya - Kerjaya Kemahiran Dalam Islam (dewan dua)
                        Kaunter pengesahan salinan sijil (lobi)
9.00 pg             Temuduga melanjutkan pelajaran (dewan tiga)
                        Temuduga permohonan kerja     (bilik)
                        Konsultasi pendidikan tinggi dan kerjaya (khemah –kaunselor sekolah dan agensi kerajaan yang lain di daerah  Sik dan Baling)
9.30pg              Pameran Sains dan Teknologi – Bas dan khemah
Pameran Pendidikan dan Kerjaya di Dewan Utama bermula untuk orang ramai (dewan utama & khemah)
12.15 ptg          Rehat – makan tengahari, solat Jumaat  
2.45 ptg            Sambungan pameran,pengesahan salinan sijil, temuduga melanjutkan pelajaran dan temuduga kerja
                        Demontrasi Sains, Solat Asar         
6.00 ptg            Semua bersurai
9.00 mlm           Sambungan pameran Sains dan Teknologi – Pencerapan Bintang
12.00 mlm         Bersurai


10.0 PENUTUP
Insya Allah dengan adanya program ini akan dapat membantu pelajar dan belia mencapai kecemerlangan diri secara seimbang dan seterusnya menjayakan wawasan 2020.