Sabtu, 28 Jun 2014

PROGRAM ihya` ramadhan SEORANG SEKAMPIT BERAS, SEKILO TEPUNG & GULA, SEBUNGKUS GARAM, TEH & KOPI / PAKEJ RM50.



Description: Description: ABIM NEGERI KEDAH

PROGRAM ihya` ramadhan
SEORANG SEKAMPIT BERAS, SEKILO TEPUNG & GULA,
SEBUNGKUS GARAM, TEH & KOPI / pakej rm50.
 



“Barangsiapa membuat amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya”
(Al – An`am 6:160)
“Sesiapa bersedekah seberat biji kurma daripada usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kananNya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak – anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung”.
(Al Bukhari & Muslim)  
5 ANUGERAH DI DUNIA
5 ANUGERAH DI AKHIRAT
MENSUCIKAN HARTA DAN BADANNYA
BERTAMBAH DARJATNYA DI DALAM SYURGA
MENUTUP 70 PINTU KEJAHATAN
RINGAN HISABNYA
MENOLAK BALA DAN KEJAHATAN
BERAT TIMBANGAN AMALNYA
BERKAT HARTANYA DAN DILUASKAN ALLAH REZEKINYA
MUDAH MELALUI TITIAN SIRATUL-MUSTAQIM
MENGGEMBIRAKAN ORANG MISKIN DAN ORANG MUKMIN ADALAH SEMULIA-MULIA AMAL
DINAUNGKAN ALLAH DI HARI KIAMAT KETIKA SANGAT PANAS

Sempena Ramadhan ini, pihak ABIM Sik mengadakan program Ihya` Ramadhan SEORANG SEKAMPIT BERAS(10kg), SEKILO TEPUNG DAN GULA, SEBUNGKUS GARAM, TEH DAN KOPI / pakej RM50. Program ini bertujuan mengumpulkan derma daripada orang ramai dalam bentuk pakej  (beras, tepung, gula, garam, kopi dan teh) untuk disedekahkan kepada golongan yang memerlukannya khususnya dalam daerah Sik. Sehubungan dengan itu, orang ramai juga diminta memberikan maklumat kepada pihak ABIM Sik berkaitan individu yang layak menerima derma ini bagi memudahkan penyaluran bantuan. Semua sumbangan boleh dihantar ke pusat pengumpulan di alamat :
ABIM SIK d/a Rumah Gemilang Sik, Kg Banggol Derdap, 08200 Sik, Kedah. Sebarang sumbangan ke arah menjayakan program/aktiviti kemasyarakatan boleh dimasukkan  ke akaun ABIM Sik. Bank Agro nombor 2005101000020690. Telefon 0111-5417156 / 04-4693763 Jazakallahukhoironkathiro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan