Assalamu`alaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Aku berlindung dengan Allah SWT daripada syaitan yang direjam.
Dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita masih lagi dibekalkan dan dikekalkan dengan nikmat Islam dan Iman yang merupakan sebesar-besar nikmat kurniaan Allah SWT kepada manusia kerana tidak semua manusia dikurniakan dengan nikmat Islam dan Iman. bahkan segelintir manusia telah ditarik kembali kedua-dua nikmat tersebut daripada diri mereka dengan kata lain menjadi murtad. oleh itu, sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan kita kepada Allah SWT, maka, marilah kita sama -sama berusaha mencapai martabat Ihsan sebagai sabda Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud
"Kamu mengabdikan diri kepada Allah SWT seolah -olah kamu dapat melihat Allah SWT. Seandainya kamu tidak dapat melihat Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT melihat kamu".
Dengan kata lain, kita sentiasa menyedari, menghayati, mengingati dan mengamalkan bahawa Allah SWT sentiasa mengetahui apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasai, apa yang kita katakan dan apa yang kita lakukan. Moga-moga dengan pengamalan tersebut, kita lebih berhati - hati dalam kehidupan harian kita agar apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasai, apa yang kita katakan dan apa yang kita lakukan mendapat keredhoan dan keberkatan di sisi Allah SWT.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih lagi menjadi hamba yang dikasihi dan disayangi olehNya, maka dipilihnya kita untuk terus berada dalam majlis ilmu pada masa dan ketika ini. Sedangkan pada masa dan ketika yang sama, betapa ramai lagi saudara mara dan sahabat handai kita yang tidak melakukan perkara yang mendapat keredhoan dan keberkatan di sisi Allah SWT.
Justeru itu, sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan kita kepada Allah SWT, maka, marilah sama - sama kita memperbetulkan niat kita berada di sini kerana Allah SWT serta menjaga adab - adab menuntut ilmu dan juga adab - adab berguru. Moga - moga dengan itu, kita semua sentiasa berada dalam keredhoan dan keberkatan di sisi Allah SWT dalam usaha mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Menyentuh tentang tajuk perbincangan kita berkaitan pendidikan tinggi / lanjutan bagi lepasan SPM/STPM, saya secara peribadi, lebih menganjurkan kepada murid yang berminat menyambung pengjian dalam bidang akademik dan layak untuk mendapat pinjaman MARA agar menyambung pengajian di institusi di bawah MARA seperti UniKL dan Kolej Polytech MARA walaupun ianya dilabelkan sebagai IPTS dan kelihatannya yurannya adalah agak tinggi/mahal bagi sesetengah orang berbanding IPTA.
Kerana apa saya menganjurkan institusi ini? Secara mudahnya kerana sesiapa yang melepasi syarat minimum pinjaman MARA secara automatik akan mendapat pinjaman berkenaan. Walaupun yurannya mahal, tetapi jumlah pinjaman yang diperolehi sudahpun merangkumi yuran pengajian, asrama dan perbelanjaan peribadi (memang tidak akan cukup bagi orang boros walaupun terima RM100,000.00 sebulan).
Apa yang menariknya adalah pembayaran semula pinjaman pendidikan berbanding skim pinjaman yang lain. Walaupun IPTA kelihatan yurannya murah dan jumlah pinjaman PTPTN yang dimohon pun lebih rendah berbanding MARA, akhirnya bayaran balik pinjaman MARA akan menjadi lebih rendah. Kerana apa? Kerana bayaran balik pinjaman MARA adalah berdasarkan keputusan semasa graduasi samada di peringkat diploma ataupun sarjana muda.
Sememangnya untuk kelas pertama, tiada beza antara semua bentuk pinjaman yang diberikan oleh pelbagai pihak samada PTPTN, MARA, PERKESO dan lain - lain. Namun, untuk kelas kedua tinggi dan seterusnya, pinjaman daripada pihak lain perlu dibayar penuh. Inilah kelebihan MARA kerana ianya adalah berbeza mengikut pencapaian. saya yakin, insya Allah orang yang berusaha bersungguh - sungguh akan mendapat paling kurang kelas kedua rendah atau kedua tinggi. Perbualan saya dengan para pensyarah dan pengalaman saya sebagai pensyarah mendapati bahawa apapun keputusan SPM dan STPM seseorang murid, akhirnya sikapnya sendiri semasa di universiti yang menentukan pencapaiannya di universiti.
Lagipun, majikan akan melihat kompetensi anda semasa temuduga. Di mana tempat anda belajar hanya sebutan di bibir saja jika anda gagal menampilkan ketrampilan anda sebagai siswazah berkredibiliti semasa temuduga.
Sememangnya, sesiapa yang bersua muka dengan saya apatah lagi ahli keluarga saya sendiri, saya akan cadangkan supaya belajar di institusi pendidikan bawah MARA. Oleh itu, fikir-fikirkanlah pandangan saya ini agar anda menyambung pengajian akademik di institusi bawah MARA.
Wallahua`lam.
Jazakallahukhoironkathiro. Barakallahufikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan