Khamis, 15 Oktober 2020

TASAWUR KAUNSELING ISLAM - 12 (BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN - KERANGKA RUJUKAN KLIEN)


 

TAZKIRAH RINGKAS ABIM SIK - 17. CARA MENGHIDUPKAN HATI -KENAPA CARA MENGINGATI MATI?


 

TASAWUR KAUNSELING ISLAM - 11 (BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN ; KERANGKA RUJUKAN KLIEN)


 

TAZKIRAH RINGKAS ABIM SIK - 16. CARA MENGHIDUPKAN HATI -KENAPA CARA MENGINGATI MATI?


 

MAJLIS ANUGERAH PERDANA BELIA NEGERI KEDAH 2020

https://www.facebook.com/mediaupda/posts/834486760698929 




MAJLIS ANUGERAH PERDANA BELIA NEGERI KEDAH 2020
ALOR SETAR - Majlis penyampaian Anugerah Perdana Belia 2020 peringkat negeri Kedah berlangsung di Pejabat Menteri Besar Kedah hari ini.
Exco Belia & Sukan, YB Mohd Firdaus Ahmad mengiringi YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyampaikan anugerah ini kepada beberapa pemenang yang terpilih.
Johan bagi kategori individu lelaki dimenangi oleh Mohd Hafiz Haji Abu Hassan dan naib johan Mohamad Shafizal Mohamad Shafee. Manakala bagi kategori individu wanita pula dimenangi oleh Koh Kar Ling dan naib johan Nor Aziah Junus.
Untuk kategori pertubuhan persatuan dimenangi oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Muda dan Naib Johan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Sik.
Turut Hadir Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri Kedah, Siti Hasmah Hassan.
'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'

Ahad, 4 Oktober 2020

BULAN DAKWAH KEBANGSAAN 2020

Assalamu`alaikumwarahmatullahiwabarakatuh,

 Dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita masih lagi dibekalkan dan dikekalkan dengan nikmat Islam dan Iman yang merupakan sebesar-besar nikmat kurniaan Allah SWT kepada manusia kerana tidak semua manusia dikurniakan dengan nikmat Islam dan Iman. bahkan segelintir manusia telah ditarik kembali kedua-dua nikmat tersebut daripada diri mereka dengan kata lain menjadi murtad. oleh itu, sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan kita kepada Allah SWT, maka, marilah kita sama -sama berusaha mencapai martabat Ihsan sebagai sabda Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud 

"Kamu mengabdikan diri kepada Allah SWT seolah -olah kamu dapat melihat Allah SWT. Seandainya kamu tidak dapat melihat Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT melihat kamu". 

Dengan kata lain, kita sentiasa menyedari, menghayati, mengingati dan mengamalkan bahawa Allah SWT sentiasa mengetahui apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasai, apa yang kita katakan dan apa yang kita lakukan. Moga-moga dengan pengamalan tersebut, kita lebih berhati - hati dalam kehidupan harian kita agar apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasai, apa yang kita katakan dan apa yang kita lakukan mendapat keredhoan dan keberkatan di sisi Allah SWT.


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih lagi menjadi hamba yang dikasihi dan disayangi olehNya, maka dipilihnya kita untuk terus berada dalam majlis ilmu pada masa dan ketika ini. Sedangkan pada masa dan ketika yang sama, betapa ramai lagi saudara mara dan sahabat handai kita yang  tidak melakukan perkara yang mendapat keredhoan dan keberkatan di sisi Allah SWT.

Justeru itu, sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan kita kepada Allah SWT, maka, marilah sama - sama kita memperbetulkan niat kita berada di sini kerana Allah SWT serta menjaga adab - adab menuntut ilmu dan juga adab - adab berguru. Moga - moga dengan itu, kita semua sentiasa berada dalam keredhoan dan keberkatan di sisi Allah SWT dalam usaha mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Alhamdulillah, Bulan Dakwah Kebangsaan baru saja dilancarkan pada hari Sabtu yang lalu. Sebagai renungan kita bersama, marilah sama-sama kita tunjukkan kesyumulan Islam kepada semua manusia. Samada mereka menolak atau menerimanya adalah soal kedua. Sebagai satu cara hidup yang syumul (menyeluruh), marilah kita sama-sama berusaha mengamalkan sepenuhnya dalam kehidupan harian kita. Secara langsung, ianya menjadi dakwah bil hal di samping dakwah bil lisan kepada orang ramai.

Aspek - aspek yang boleh kita tunjukkan dan kembangkan antaranya

1. Cara tidur dan bangun tidur 
2. Cara penyediaan makanan, makan dan selepas makan
3. Cara pergaulan, komunikasi, berjiran, bermasyarakat
4. Cara berniaga
5. Amalan bersedekah, waqaf, zakat, hadiah, tolong menolong dalam kebaikan
6. Amar ma`ruf nahi mungkar
7. Ihsan dalam melakukan sesuatu amalan
8. Kesungguhan dalam belajar dan bekerja
9. Riadhah berlandaskan syarak
10. Keunikan solat yang sempurna
11. Keunikan ibadah - ibadah fardhu dan sunat
12. Pengurusan masa dan penyusunan jadual kehidupan harian berlandaskan syarak
13. Siaran - siaran televisyen yang bermanfaat
14. kaedah - kaedah dakwah
15. perbandingan agama
16. kepelbagaian fiqh mazhab
17. penulisan dan penerbitan buku ilmiah
18. Cara menyelesaikan masalah / cabaran/ ujian hidup  
19. berhutang dan penyelesaiannya
20. berbuat dosa dan cara memperbaiki kesilapan
21. pembentukan hati
22. menjadi tenaga pakar dan teladan dalam sesuatu bidang
dan sebagainya lagi

Semoga ianya mampu menjadikan kita semua sebagai umat yang dirahmati, diredhoi dan diberkati oleh Allah SWT.

Wallahua`lam.  

TASAWUR KAUNSELING ISLAM - 5 (BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN)


 

TAZKIRAH RINGKAS ABIM SIK - 10 (PERLUNYA MENGHIDUPKAN HATI)