Assalamu`alaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita masih lagi dibekalkan dan dikekalkan dengan nikmat Islam dan Iman yang merupakan sebesar-besar nikmat kurniaan Allah SWT kepada manusia kerana tidak semua manusia dikurniakan dengan nikmat Islam dan Iman. bahkan segelintir manusia telah ditarik kembali kedua-dua nikmat tersebut daripada diri mereka dengan kata lain menjadi murtad. oleh itu, sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan kita kepada Allah SWT, maka, marilah kita sama -sama berusaha mencapai martabat Ihsan sebagai sabda Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud
"Kamu mengabdikan diri kepada Allah SWT seolah -olah kamu dapat melihat Allah SWT. Seandainya kamu tidak dapat melihat Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT melihat kamu".
Dengan kata lain, kita sentiasa menyedari, menghayati, mengingati dan mengamalkan bahawa Allah SWT sentiasa mengetahui apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasai, apa yang kita katakan dan apa yang kita lakukan. Moga-moga dengan pengamalan tersebut, kita lebih berhati - hati dalam kehidupan harian kita agar apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasai, apa yang kita katakan dan apa yang kita lakukan mendapat keredhoan dan keberkatan di sisi Allah SWT.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih lagi menjadi hamba yang dikasihi dan disayangi olehNya, maka dipilihnya kita untuk terus berada dalam majlis ilmu pada masa dan ketika ini. Sedangkan pada masa dan ketika yang sama, betapa ramai lagi saudara mara dan sahabat handai kita yang tidak melakukan perkara yang mendapat keredhoan dan keberkatan di sisi Allah SWT.
Justeru itu, sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan kita kepada Allah SWT, maka, marilah sama - sama kita memperbetulkan niat kita berada di sini kerana Allah SWT serta menjaga adab - adab menuntut ilmu dan juga adab - adab berguru. Moga - moga dengan itu, kita semua sentiasa berada dalam keredhoan dan keberkatan di sisi Allah SWT dalam usaha mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan