Isnin, 21 Oktober 2013

USROH ABIM SIK BERSAMA IMAM/PENGERUSI MASJID & SURAU SERTA REMAJA/BELIA MASJID/SURAU DAERAH SIK

SEMUA IMAM/ PENGERUSI 
MASJID/SURAU DAERAH SIK

Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI USROH ABIM SIK  

السلام عليكم  ورحمته  الله  وبركاته
Didoakan  tuan  sihat  sejahtera.  Sukacitanya  perkara di atas  adalah  dirujuk.

2.            Sukacitanya dimaklumkan bahawa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sik akan mengadakan  Usrah kali kedua bersama-sama dengan tuan seperti berikut  :-

Tarikh                : 7 NOVEMBER   2013 (KHAMIS)
Masa                    : 2.15 petang – 3.30 petang
Tempat              : Bilik Mesyuarat Rumah Gemilang Puteri.
Sasaran              : Imam – Imam/Pengerusi Masjid-masjid daerah Sik
                                  Tiga orang Penggerak Belia / Remaja Masjid- masjid daerah Sik
Pengisian         :1) Sesi Ta`aruf
                                 2) Sesi Muzakarah
Objektif             :1) Mewujudkan ikatan ukhwah antara organisasi Islam
                                 2) Menjalinkan kerjasama gerak kerja dakwah Islamiah
                                 3) Mendapatkan maklumat keadaan belia/remaja di kawasan masing – masing
                                 4) Membincangkan program /aktiviti secara kerjasama

3.            Sehubungan itu, dengan segala hormatnya kami menjemput pihak tuan berserta wakil – wakil belia / remaja untuk hadir dalam usroh berkenaan. Semoga ianya dapat membantu merealisasikan dakwah Islamiah khususnya di daerah Sik dan Malaysia amnya.

5.            Kehadiran pihak tuan dan wakil – wakil belia / remaja ke usroh ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jazakallahukhoironkathiro. 
Sekian.

Yang  menjalankan  tugas,



MOHD SYUKRI BIN KAMIS, KB, PA
Yang Dipertua
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SIK

USROH DWIMINGGUAN

Assalamualaikumwarahmatullah,

Insya Allah usroh dwimingguan berikutnya akan diadakan pada 26/11/2013 di Bilik Mesyuarat Rumah Gemilang Puteri jam 9mlm hingga 10.30 malam.
orang ramai dialu-alukan untuk hadir
jazakallahukhoironkathiro.
Sekian.

TAKLIMAT KEMASUKAN KOLEJ DAR AL HIKMAH SESI JANUARI 2014



TAKLIMAT KEMASUKAN KOLEJ DAR AL HIKMAH SESI JANUARI 2014
http://hikmah.edu.my/portal/images/index_02.jpgABIM SIK dengan kerjasama Kolej Dar Al- Hikmah akan mengadakan taklimat Kemasukan Kolej Dar Al- Hikmah seperti berikut:
Tarikh         : 15 NOVEMBER 2013 (JUMAAT)
Masa mula : JAM 2.30  petang
Tempat      : SIK INN, SIK, KEDAH (belakang Masjid Jami` Pekan SIk)
Orang ramai dijemput hadir. Pelajar dijemput hadir bersama – sama waris.


A 1258 (Akreditasi)

KP /JPS (KA 4979)



A 1259 (Akreditasi)

KP /JPS(KA 3643)



A 7312 (Akreditasi)

KP /JPS(KR7312)



A 7310 (Akreditasi)

KP /JPS(KR 7310)



A 6519 (Akreditasi)

KP /JPS(KA 0974)

















Kemasukan Baru Sesi III TAHUN AKADEMIK 2014/2015 
Pendaftaran bagi pelajar baru (separuh masa dan sepenuh masa) dibuka sekarang.*Minima 3 kredit dalam SPM.


http://hikmah.edu.my/portal/images/index_22.jpg

Atau hubungi ABIM Sik:
01115417156
ydpabimsik@gmail.com

A 7311 (Akreditasi)
KP /JPS(KR 7311)

A 1564 (Akreditasi)
KP /JPS(KA 3644)

Rabu, 9 Oktober 2013

PERSIDANGAN KAUNSELING ISLAM ANTARABANGSA 2013



PERSIDANGAN KAUNSELING ISLAM ANTARABANGSA

PENGENALAN
Islam adalah Ad-Diin yang sempurna yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepada manusia. Ianya syumul iaitu menyeluruh dengan kata lain merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia daripada sebesar-besar perkara sehinggalah kepada yang sekecil-kecil perkara agar apa yang dilakukan oleh manusia mendapat keredhoan dan keberkatan di sisi Allah s.w.t. bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. ‘Kaunseling’ yang diambil dari istilah barat tidak lari daripada menjadi salah satu lambang kesyumulan Islam. Ini kerana, perkara ini telah lama diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan diteruskan oleh para sahabat, tabi`in dan ilmuwan Islam lain dalam bentuk dan penggunaan istilah yang berbeza. Ini dibuktikan lagi apabila ramai kaunselor barat yang telah mula kembali kepada aspek kaunseling rohani atau spiritual counseling setelah sekian lama mereka tercari – cari kaedah terbaik membantu manusia mencapai celik akal. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita sewajarnya memimpin dalam perkara ini dengan kembali kepada kaedah ‘kaunseling’ yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui wahyu daripada Allah s.w.t.. Sejajar dengan tuntutan berkenaan, satu inisiatif diambil dengan mengadakan Persidangan Kaunseling Islam Antarabangsa bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kesedaran dan pengamalan di kalangan para kaunselor, fasilitator dan masyarakat tentang hakikat ini.

MATLAMAT
Membawa masyarakat kembali kepada Islam sebagai cara hidup dengan meningkatkan celik akal tentang kehidupan melalui kaunseling Islam.

OBJEKTIF
  1. Mengumpul kajian-kajian yang telah dilakukan dalam bidang kaunseling Islam.
  2. Menggalakkan penerokaan, penulisan dan perkongsian dengan lebih mendalam dalam pelbagai bidang kaunseling Islam.
  3. Melihat kaunseling Islam dari pandangan kaca mata ilmuwan dari pelbagai latar belakang pendidikan.
  4. Meningkatkan penglibatan para kaunselor untuk mengkaji kaunseling Islam dengan secara saintifik.
  5. Menyebarkan kaunseling Islam dalam kalangan kaunselor, fasilitator dan masyarakat.
  6. Meningkatkan kesedaran umum wujudnya kaunseling Islam melalui konsep kesyumulan dalam Islam.
  7. Membantu para kaunselor dan fasilitator untuk melatih dan meningkatkan kemahiran diri dengan kemahiran kaunseling Islam.

KUMPULAN SASARAN
Orang ramai yang berminat, semua kaunselor, individu yang pernah menulis tesis dalam bidang kaunseling Islam, individu yang akan dan sedang melakukan kajian dan penulisan dalam kaunseling Islam, fasilitator muslim, individu yang berminat mendalami kaunseling Islam, pendakwah, guru Pendidikan Islam, Ibu bapa dan pelajar universiti.

TARIKH CADANGAN
18 – 22 NOVEMBER 2013 (ISNIN – JUMAAT)

TARIKH – TARIKH PENTING KERTAS KERJA
Penghantaran abstrak pembentangan / inovasi
27 September 2013
Pengesahan penerimaan abstrak untuk pembentangan
11 Oktober 2013
Penghantaran kertas kerja lengkap (format word & pdf)
31 Oktober 2013
Penghantaran bahan pembentangan (format power point)
11 November 2013


YURAN
PERKARA
Yuran – pembayaran pada/ sebelum 10 Oktober 2013 (RM)
Yuran – pembayaran pada/selepas 11 Oktober 2013 (RM)
KATEGORI \ JENIS PENYERTAAN
Bukan ahli
Ahli
Bukan ahli
ahli
Individu
750.00
580.00
870.00
700.00
Pelajar diploma/pelajar sarjana muda/guru tadika/guru taska/guru sekolah agama rakyat/ABIM
420.00
320.00
520.00
400.00
Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah
170.00
270.00
*makan 6 kali sehari(sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam, minum malam)
*Penginapan tidak disediakan.


TEMPAT
Sik Inn Resort, Sik, Kedah.

ATURCARA PROGRAM
Hari Pertama
Masa
Aktiviti
Penyampai/Tindakan
7.30 pg
Pendaftaran
Urusetia

Sarapan

8.00 pg
Ucapan Aluan
Pengerusi
8.15 pg
Ucaptama 1
KAUNSELING ISLAM;SATU PERSPEKTIF PERIBADI
10.15 pg
Rehat

10.45 pg
Ucaptama 2
KAUNSELING ISLAM;PERKONGSIAN PENYELIAAN TESIS PHD
12.15 ptg
Check In
Urusetia /peserta

Rehat, makan
Solat
2.00 ptg
Kertas kerja 1

2.30 ptg
Kertas kerja 2

3.00 ptg
Kertas kerja 3

3.30 ptg
Kertas kerja 4

4.00 ptg
Kertas kerja 5

4.30 ptg
Kertas kerja 6

5.00 ptg
Kertas kerja 7

5.30 ptg
Kertas kerja 8

6.00 ptg
Rehat, minum

9.00 mlm
Bual bicara

10.30 mlm
Rehat


Hari Kedua
Masa
Aktiviti
Penyampai
7.30 pg
Sarapan

8.00 pg
Ucapan Aluan
Pengerusi
8.15 pg
Ucaptama 3
KAUNSELING SPIRITUAL
10.15 pg
Rehat

10.45 pg
Ucaptama 4
KAUNSELING SPIRITUAL (samb.)
12.15 ptg
Rehat, makan
Solat
2.00 ptg
Kertas kerja 9

2.30 ptg
Kertas kerja 10

3.00 ptg
Kertas kerja 11

3.30 ptg
Kertas kerja 12

4.00 ptg
Kertas kerja 13

4.30 ptg
Kertas kerja 14

5.00 ptg
Kertas kerja 15

5.30 ptg
Kertas kerja 16

6.00 ptg
Rehat, minum

9.00 mlm
Diskusi 1

10.30 mlm
Rehat

Hari Ketiga
Masa
Aktiviti
Penyampai
6.30 pg
Sarapan

7.45 pg
Ucapan Aluan
Pengerusi
8.00 pg
Kertas kerja 17

8.30 pg
Kertas kerja 18

9.00 pg
Ucaptama 5
TERAPI MELALUI SOLAT
10.30 pg
Rehat

11.00 pg
Ucaptama 6
TERAPI MELALUI SOLAT (samb)
1.00 ptg
Rehat, makan
Solat
2.30 ptg
Kertas kerja 19

3.00 ptg
Kertas kerja 20

3.30 ptg
Kertas kerja 21

4.00 ptg
Kertas kerja 22

4.30 ptg
Kertas kerja 23

5.00 ptg
Kertas kerja 24

5.30 ptg
Kertas kerja 25

6.00 ptg
Rehat, minum

9.00 mlm
Diskusi 2

10.30 mlm
Rehat


Hari Keempat
Masa
Aktiviti
Penyampai
6.30 pg
Sarapan

8.00 pg
Ucapan Aluan

8.15 pg
Ucaptama 7
INVENTORI PERSONALITI NILAI MUSLIM MALAYSIA
10.15 pg
Rehat

10.45 pg
Ucaptama 8
INVENTORI TASAWUR ISLAM
12.15 ptg
Rehat, makan
Solat
2.00 ptg
Kertas kerja 26

2.30 ptg
Kertas kerja 27

3.00 ptg
Kertas kerja 28

3.30 ptg
Kertas kerja 29

4.00 ptg
Kertas kerja 30

5.00 ptg
Rehat

9.00 mlm
Majlis Penutup

10.30 mlm
Rehat


PENUTUP
Semoga dengan adanya program ini akan dapat menambahkan bilangan kaunselor dan fasilitator yang dapat mengimplementasikan kaunseling Islam dalam menjalankan tugas professional mereka. Selain itu, ianya dapat menjadi pengorak langkah kepada para kaunselor dan fasilitator agar giat melakukan pelbagai kajian yang dilakukan secara komprehensif dalam usaha menambahkan kefahaman kepada para kaunselor, fasilitator dan masyarakat tanpa mengira agama, bahasa dan bangsa tentang kaunseling Islam. Bertitik tolak daripada program ini juga diharapkan Persidangan Kaunseling Islam peringkat antarabangsa dapat diadakan setiap tahun dalam usaha membantu masyarakat mencapai celik akal bagi memahami hakikat kehidupan sejajar dengan perintah Allah s.w.t. iaitu menjadi khalifah di muka bumi melalui ketaatan kepadaNya.


hubungi : 0105105784