|
1.
Pastikan anak / cucu / anak saudara /
anak jiran menjaga solat daripada kecil lagi. Nabi s.a.w. menganjurkan agar
kita mengajar anak/cucu solat seawal usia tujuh tahun dan memastikan mereka
bersolat apabila berusia sepuluh tahun. Ibu bapa/datuk nenek/ibu bapa
saudara/jiran mesti tegas dalam bab menjaga solat ini. Anak – anak yang lalai
dalam solat mudah diganggu.
2.
Hidupkan amalan membaca dan mendengar
Al –Qur`an dan berzikir di rumah. Sebab jin dan syaitan benci kepada manusia
yang rajin membaca Al-Qur`an.
3.
Rajinkan diri membawa anak / cucu / anak
saudara / anak jiran ke majlis ilmu. Dengan sentiasa menghadiri majlis ilmu,
anak – anak / cucu / anak saudara / anak jiran sentiasa berdamping dengan orang
`alim.
4.
Pastikan anak – anak / cucu / anak
saudara / anak jiran mempunyai aqidah dan tauhid yang mantap. Usah ditakutkan
mereka dengan selain Allah. Pastikan mereka
faham bahawa Allah sahajalah yang Maha Memberi Rezeki, yang Maha Besar, yang
Maha Kuasa dan tiada yang lebih besar dan berkuasa daripada itu. Allah
sahajalah untuk disembah, di`abdikan diri dan diminta pertolongan.
5.
Pastikan anak – anak / cucu / anak
saudara / anak jiran pulang ke rumah sebelum Maghrib. Sebab waktu Maghrib
adalah waktu jin dan syaitan berkeliaran. Pastikan semua tingkap dan pintu
ditutup dengan nama Allah.
6.
Galakkan anak – anak / cucu / anak
saudara / anak jiran menolong dan menunaikan hajat orang lain sebab iblis benci
dengan orang yang bersifat begini dan memandangnya sebagai musuhnya.
7.
Ajar anak – anak / cucu / anak
saudara / anak jiran untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk kerana ianya
mendekatkan diri kita dengan Allah dan menjauhkan kita daripada gangguan
syaitan.
ABIM SIK d/a Rumah Gemilang Sik, Kg
Banggol Derdap, 08200 Sik, Kedah. Sebarang sumbangan ke arah menjayakan
program/aktiviti kemasyarakatan boleh dimasukkan ke akaun ABIM Sik. Bank Agro nombor
2005101000020690. Telefon 04-4693763 Jazakallahukhoironkathiro.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan