|
“Barangsiapa membuat
amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya”
(Al – An`am 6:160)
“Sesiapa bersedekah
seberat biji kurma daripada usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada
Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan
kananNya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana
seorang kamu memelihara anak – anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu
setinggi gunung”.
(Al Bukhari &
Muslim)
5 ANUGERAH DI DUNIA
|
5 ANUGERAH DI AKHIRAT
|
MENSUCIKAN HARTA DAN BADANNYA
|
BERTAMBAH DARJATNYA DI DALAM SYURGA
|
MENUTUP 70 PINTU KEJAHATAN
|
RINGAN HISABNYA
|
MENOLAK BALA DAN KEJAHATAN
|
BERAT TIMBANGAN AMALNYA
|
BERKAT HARTANYA DAN DILUASKAN ALLAH
REZEKINYA
|
MUDAH MELALUI TITIAN SIRATUL-MUSTAQIM
|
MENGGEMBIRAKAN ORANG MISKIN DAN ORANG
MUKMIN ADALAH SEMULIA-MULIA AMAL
|
DINAUNGKAN ALLAH DI HARI KIAMAT KETIKA
SANGAT PANAS
|
Sempena Ramadhan ini, pihak ABIM Sik mengadakan program Ihya` Ramadhan SEORANG SEKAMPIT
BERAS(10kg), SEKILO TEPUNG DAN GULA, SEBUNGKUS GARAM, TEH DAN KOPI / pakej RM50. Program ini
bertujuan mengumpulkan derma daripada orang ramai dalam bentuk pakej (beras, tepung, gula, garam, kopi dan teh) untuk
disedekahkan kepada golongan yang memerlukannya khususnya dalam daerah Sik.
Sehubungan dengan itu, orang ramai juga diminta memberikan maklumat kepada
pihak ABIM Sik berkaitan individu yang layak menerima derma ini bagi memudahkan
penyaluran bantuan. Semua sumbangan boleh dihantar ke pusat pengumpulan di
alamat :
ABIM SIK d/a Rumah Gemilang Sik, Kg Banggol
Derdap, 08200 Sik, Kedah. Sebarang sumbangan ke arah menjayakan
program/aktiviti kemasyarakatan boleh dimasukkan ke akaun ABIM Sik. Bank Agro nombor
2005101000020690. Telefon 0111-5417156 / 04-4693763 Jazakallahukhoironkathiro.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan