Sabtu, 26 Disember 2020
Selasa, 22 Disember 2020
Khamis, 29 Oktober 2020
Selasa, 27 Oktober 2020
Khamis, 15 Oktober 2020
MAJLIS ANUGERAH PERDANA BELIA NEGERI KEDAH 2020
https://www.facebook.com/mediaupda/posts/834486760698929
Selasa, 13 Oktober 2020
Ahad, 11 Oktober 2020
Rabu, 7 Oktober 2020
Selasa, 6 Oktober 2020
Ahad, 4 Oktober 2020
BULAN DAKWAH KEBANGSAAN 2020
Assalamu`alaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita masih lagi dibekalkan dan dikekalkan dengan nikmat Islam dan Iman yang merupakan sebesar-besar nikmat kurniaan Allah SWT kepada manusia kerana tidak semua manusia dikurniakan dengan nikmat Islam dan Iman. bahkan segelintir manusia telah ditarik kembali kedua-dua nikmat tersebut daripada diri mereka dengan kata lain menjadi murtad. oleh itu, sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan kita kepada Allah SWT, maka, marilah kita sama -sama berusaha mencapai martabat Ihsan sebagai sabda Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud
"Kamu mengabdikan diri kepada Allah SWT seolah -olah kamu dapat melihat Allah SWT. Seandainya kamu tidak dapat melihat Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT melihat kamu".
Dengan kata lain, kita sentiasa menyedari, menghayati, mengingati dan mengamalkan bahawa Allah SWT sentiasa mengetahui apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasai, apa yang kita katakan dan apa yang kita lakukan. Moga-moga dengan pengamalan tersebut, kita lebih berhati - hati dalam kehidupan harian kita agar apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasai, apa yang kita katakan dan apa yang kita lakukan mendapat keredhoan dan keberkatan di sisi Allah SWT.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih lagi menjadi hamba yang dikasihi dan disayangi olehNya, maka dipilihnya kita untuk terus berada dalam majlis ilmu pada masa dan ketika ini. Sedangkan pada masa dan ketika yang sama, betapa ramai lagi saudara mara dan sahabat handai kita yang tidak melakukan perkara yang mendapat keredhoan dan keberkatan di sisi Allah SWT.
Justeru itu, sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan kita kepada Allah SWT, maka, marilah sama - sama kita memperbetulkan niat kita berada di sini kerana Allah SWT serta menjaga adab - adab menuntut ilmu dan juga adab - adab berguru. Moga - moga dengan itu, kita semua sentiasa berada dalam keredhoan dan keberkatan di sisi Allah SWT dalam usaha mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Sabtu, 3 Oktober 2020
Jumaat, 2 Oktober 2020
Rabu, 30 September 2020
Selasa, 29 September 2020
Sabtu, 26 September 2020
PENDIDIKAN TINGGI / LANJUTAN BIDANG AKADEMIK DI INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH MARA
Assalamu`alaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Aku berlindung dengan Allah SWT daripada syaitan yang direjam.
Dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita masih lagi dibekalkan dan dikekalkan dengan nikmat Islam dan Iman yang merupakan sebesar-besar nikmat kurniaan Allah SWT kepada manusia kerana tidak semua manusia dikurniakan dengan nikmat Islam dan Iman. bahkan segelintir manusia telah ditarik kembali kedua-dua nikmat tersebut daripada diri mereka dengan kata lain menjadi murtad. oleh itu, sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan kita kepada Allah SWT, maka, marilah kita sama -sama berusaha mencapai martabat Ihsan sebagai sabda Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud
"Kamu mengabdikan diri kepada Allah SWT seolah -olah kamu dapat melihat Allah SWT. Seandainya kamu tidak dapat melihat Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT melihat kamu".
Dengan kata lain, kita sentiasa menyedari, menghayati, mengingati dan mengamalkan bahawa Allah SWT sentiasa mengetahui apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasai, apa yang kita katakan dan apa yang kita lakukan. Moga-moga dengan pengamalan tersebut, kita lebih berhati - hati dalam kehidupan harian kita agar apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasai, apa yang kita katakan dan apa yang kita lakukan mendapat keredhoan dan keberkatan di sisi Allah SWT.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih lagi menjadi hamba yang dikasihi dan disayangi olehNya, maka dipilihnya kita untuk terus berada dalam majlis ilmu pada masa dan ketika ini. Sedangkan pada masa dan ketika yang sama, betapa ramai lagi saudara mara dan sahabat handai kita yang tidak melakukan perkara yang mendapat keredhoan dan keberkatan di sisi Allah SWT.
Justeru itu, sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan kita kepada Allah SWT, maka, marilah sama - sama kita memperbetulkan niat kita berada di sini kerana Allah SWT serta menjaga adab - adab menuntut ilmu dan juga adab - adab berguru. Moga - moga dengan itu, kita semua sentiasa berada dalam keredhoan dan keberkatan di sisi Allah SWT dalam usaha mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Menyentuh tentang tajuk perbincangan kita berkaitan pendidikan tinggi / lanjutan bagi lepasan SPM/STPM, saya secara peribadi, lebih menganjurkan kepada murid yang berminat menyambung pengjian dalam bidang akademik dan layak untuk mendapat pinjaman MARA agar menyambung pengajian di institusi di bawah MARA seperti UniKL dan Kolej Polytech MARA walaupun ianya dilabelkan sebagai IPTS dan kelihatannya yurannya adalah agak tinggi/mahal bagi sesetengah orang berbanding IPTA.
Kerana apa saya menganjurkan institusi ini? Secara mudahnya kerana sesiapa yang melepasi syarat minimum pinjaman MARA secara automatik akan mendapat pinjaman berkenaan. Walaupun yurannya mahal, tetapi jumlah pinjaman yang diperolehi sudahpun merangkumi yuran pengajian, asrama dan perbelanjaan peribadi (memang tidak akan cukup bagi orang boros walaupun terima RM100,000.00 sebulan).
Apa yang menariknya adalah pembayaran semula pinjaman pendidikan berbanding skim pinjaman yang lain. Walaupun IPTA kelihatan yurannya murah dan jumlah pinjaman PTPTN yang dimohon pun lebih rendah berbanding MARA, akhirnya bayaran balik pinjaman MARA akan menjadi lebih rendah. Kerana apa? Kerana bayaran balik pinjaman MARA adalah berdasarkan keputusan semasa graduasi samada di peringkat diploma ataupun sarjana muda.
Sememangnya untuk kelas pertama, tiada beza antara semua bentuk pinjaman yang diberikan oleh pelbagai pihak samada PTPTN, MARA, PERKESO dan lain - lain. Namun, untuk kelas kedua tinggi dan seterusnya, pinjaman daripada pihak lain perlu dibayar penuh. Inilah kelebihan MARA kerana ianya adalah berbeza mengikut pencapaian. saya yakin, insya Allah orang yang berusaha bersungguh - sungguh akan mendapat paling kurang kelas kedua rendah atau kedua tinggi. Perbualan saya dengan para pensyarah dan pengalaman saya sebagai pensyarah mendapati bahawa apapun keputusan SPM dan STPM seseorang murid, akhirnya sikapnya sendiri semasa di universiti yang menentukan pencapaiannya di universiti.
Lagipun, majikan akan melihat kompetensi anda semasa temuduga. Di mana tempat anda belajar hanya sebutan di bibir saja jika anda gagal menampilkan ketrampilan anda sebagai siswazah berkredibiliti semasa temuduga.
Sememangnya, sesiapa yang bersua muka dengan saya apatah lagi ahli keluarga saya sendiri, saya akan cadangkan supaya belajar di institusi pendidikan bawah MARA. Oleh itu, fikir-fikirkanlah pandangan saya ini agar anda menyambung pengajian akademik di institusi bawah MARA.
Wallahua`lam.
Jazakallahukhoironkathiro. Barakallahufikum.
Jumaat, 25 September 2020
Rabu, 23 September 2020
Selasa, 22 September 2020
Isnin, 14 September 2020
Rabu, 12 Ogos 2020
SUMBANGAN COVID 19
Assalamu`alaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Alhamdulillah,
Sebaik sahaja PKP bermula, ABIM Sik telah membantu memberi sumbangan kepada lebih 100 individu di dalam daerah Sik dan juga sekitar Gurun dengan kerjasama Halal Frest Mart Melur Inn dan juga Halal Fresh Mart Guar Chempedak. Penerima sumbangan dan bantuan merangkumi orang Muslim dan juga non Muslim. Semoga usaha kita semua mendapat keredhoan dan keberkatan di sisi Allah SWT.
Wallahua`lam. Jazakallahukhoironkathiro. Barakallahufikum. Tabarakallah
PENILAIAN OLEH ROY
Assalamu`alaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Alhamdulillah, ABIM Sik telah menerima lawatan daripada ROY untuk penilaian dan penyeliaan bagi rekod tahun 2019. Jazakallahukhoironkathiro kepada semua tetamu yang hadir dan mengimarahkan majlis berkenaan. Antara tetamu yang hadir adalah
1. En Mohammad Suhaimi bin Saad, Timbalan Pengarah IKBN Naka
2. En Joshuanathan, Pegawai Pendidikan IKBN Jitra
3. En Chin Loo Teik, Naib Pengerusi MBN Kedah.
4. Para Pegawai daripada Jabatan Belia Sukan Negeri Kedah
5. Para Pegawai daripada Pejabat Belia Sukan Daerah Sik
6. Wakil - wakil daripada NGO daerah Sik dan Kedah
Jazakallahukhoironkathiro atas segala pandangan dan cadangan yang diberikan. Semoga ABIM Sik bertambah mantap dalam melaksanakan dakwah Islamiah di kalangan seluruh masyarakat Sik khususnya dan Malaysia serta dunia amnya.
Barakallahufikum. Tabarakallah
Selasa, 21 Julai 2020
SEMINAR KAUNSELING ISLAM ANTARABANGSA 2019
Alhamdulillah, ABIM Sik seperti biasa terlibat secara aktif dalam pembangunan modal insan. Program ini dilangsungkan di UNISZA.
DERMAGA 2019
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE IKBN KUALA PERLIS DAN ILP KANGAR TAHUN 2019
Alhamdulillah, pada tahun ini dapat diadakan lawatan sambil belajar belia daerah Sik ke IKBN Kuala Perlis dan ILP Kangar dengan kerjasama pihak institusi berkenaan dan Jabatan Belia dan Sukan Sik.