Selasa, 21 Julai 2020

SUDUT PANDANG ABIM SIK DALAM MEMURNIKAN PEMBANGUNAN HOLISTIK NEGARA

  1. Makanan untuk semua pelajar B40 sekolah menengah. Sebelum ini hanya untuk pelajar sekolah rendah sahaja. Makanan hanya bernilai RM4 sehari (minum pagi[RM1] dan makan tengahari[RM3])
  2. Sukarelawan sekolah – pelajar lepasan SPM/STAM/STPM. Seorang guru seorang/2 orang sukarelawan.
  3. Pusat pertanian dan penternakan ikan komuniti ikut kampung – ada person incharge/ pengurus yang dilantik. Tenaga kerja terdiri daripada pekerja tetap dan sukarelawan.
  4. Tabung bantuan pinjaman pendidikan tinggi melalui PIBG sekolah sebagai wang pendahuluan untuk pelajar yang susah membeli barang keperluan permulaan bagi melanjutkan pengajian. Keutamaan untuk pelajar yang menjadi sukarelawan samada di sekolah/pusat jagaan kanak-kanak/warga emas/OKU.
  5. Bank Agro Sik dan BSN Sik membuka lebih banyak kaunter pada waktu puncak dan tidak meletakkan limitasi pelanggan pada satu – satu masa/hari.
  6. Setiap daerah mempunyai jabatan kerajaan yang lengkap dan kuasa seperti yang sepatutnya/sewajarnya tanpa perlu menyebabkan penduduk ke daerah lain untuk melengkapkan dokumen/kerja.
  7. Tabung kempen korban RM1/RM2 sehari kepada semua rakyat Malaysia yang mukallaf.
  8. Struktur exco parlimen belia daerah sama seperti parlimen kerajaan pusat dan mereka dibayar gaji RM1000 sebulan untuk melaksanakan amanah mereka.
  9. Kaunselor / pusat kaunseling komuniti diwujudkan sama ada di pejabat kompleks belia sukan/klinik kesihatan desa/masjid/sekolah.
  10. Perpustakaan mini diwujudkan di semua masjid dan surau.
  11. Anak jalanan dikumpulkan di pusat jagaan kanak-kanak untuk disekolahkan, manakala ibubapanya/penjaga diberikan pekerjaan dengan elaun rm10 sehari untuk diri mereka kerana anak-anak mereka sudah ditanggung oleh JKM melalui perkara 1 dengan diberi makan sarapan dan makan tengahari di sekolah. Manakala makan malam di pusat jagaan kanak-kanak.
  12. Setiap individu yang bekerja perlu mencarum 1% setiap bulan dalam Tabung Kebajikan Warga Emas/OKU untuk pembiayaan penjagaan diri semasa usia emas di pusat jagaan persendirian/swasta/komuniti/rumah sendiri. Sukarelawan yang bertugas untuk menjaga warga emas/OKU sama ada di pusat jagaan persendirian/swasta/komuniti/rumah sendiri dibayar elaun RM1000/RM700 sebulan. Kesemua sukarelawan ini mendapat latihan dalam bidang penjagaan/pengurusan warga emas dan sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda/Diploma/STAM/STPM/8 Thanawi. Penetapan ini bertujuan menggalakkan warga Malaysia menyambung pengajian ke peringkat tinggi.
  13. Setiap keluarga mesti ada seorang anak yang menjaga ibu bapa/ahli keluarga OKU. Anak yang sepenuh masa menjaga ibu bapa/ahli keluarga OKU mendapat elaun RM1000 setiap bulan untuk dirinya (RM1500 sebulan jika sudah berkeluarga) di bawah Tabung Kebajikan Warga Emas/OKU yang dibiayai 1% setiap bulan oleh semua orang yang bekerja atas kesedaran bahawa itulah amal kebajikan mereka dan itulah juga wang yang mereka akan gunakan seandainya mereka menjadi warga emas atau mempunyai ahli keluarga OKU.
  14. Pengisian / tarbiyah rohani di pusat jagaan kanak-kanak, warga emas dan OKU. Semua pusat jagaan kanak – kanak, warga emas dan OKU kerajaan dan swasta mempunyai pengisian rohani yang tersusun/silibus agar mereka bersedia dan menjalani kehidupan dunia dna akhirat sesuai dan sejajar dengan kehendak Allah s.w.t. Sudah tiba masanya pusat jagaan kanak – kanak, wargas emas dan OKU kerajaan dan swasta mempunyai pegawai agama dan kaunseling sendiri/tetap.
  15. Pelajar asnaf yang mendapat tawaran ke IPT, bayaran yuran melalui baitulmal. Bukannya bayar sendiri baru tuntut. Semua pelajar asnaf yang menerima tawaran sambung belajar, dibantu melalui baitulmal untuk pembayaran pendaftaran semester 1.  Bayaran dilakukan oleh pihak baitulmal secara terus kepada pihak institusi berkenaan. Jadi, pihak IPT dan baitulmal perlu mempunyai hubungan langsung antara satu sama lain. Pelajar yang menerima tawara hanya perlu membawa surat jaminan bayaran oleh baitulmal semasa hari pendaftaran.
  16. Jawatan tetap warden asrama sekolah diperkasakan. Jawatan warden dilaksanakan mengikut model Maktab Tentera Diraja Malaysia. Sudah tiba masanya warden sepenuh masa dilantik di semua sekolah berasrama. Bukannya dilantik di kalangan guru yang sememangnya sudah terikat dengan tugas hakiki keguruan mereka dan menyebabkan mereka tidak dapat memfokuskan kerja mereka kepada tugas hakiki dan tidak mendapat rehat yang secukupnya serta dinafikan hak kemanusiaan mereka untuk berehat dan menunaikan tanggungjawab pada keluarga dan elaun perumahan yang dipotong. Perlantikan nisbah seorang warden untuk 20 orang pelajar adalah sesuai dengan cabaran remaja pada masa kini berbanding seorang warden 50 orang pelajar remaja. Warden yang dilantik perlu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Agama dan Pendidikan.
  17. Organisasi masjid diperkasakan/diprofesionalkan. Struktur organisasi rasmi diwujudkan melalui perlantikan pelbagai perjawatan rasmi/professional dengan lantikan bersyarat JPA dan dibayar gaji. Bukannya berbentuk elaun. Jadikan masjid pusat masyarakat 24 jam melalui jadual kerja mengikut 3 syif.
  • a.       Jawatan Imam 1 – berkelulusan Master (S48)
  • b.      Jawatan Imam 2 dan 3 – berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (S44)
  • c.       Jawatan Pegawai Dakwah (19 orang) – Usuluddin, Syariah, Tasauf, Dakwah, Al-Qur`an, Hadis, Sirah, Kaunseling Islam, Psikologi Islam, Muamalat Islam, Ilmu Mantik, Ilmu Falak/Astronomi, Psikiatri Islam, Kekeluargaan, Kanak-kanak, Remaja, Dewasa, Warga Emas, Perubatan Islam - berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (S41)
  • d.      Jawatan Pegawai Pendidikan - berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (S41)
  • e.      Jawatan Pegawai IT/Media – berkelulusan Diploma
  • f.        Jawatan Akauntan – berkelulusan Diploma
  • g.       Jawatan Muazzin 3 – berkelulusan Diploma/STAM/8 Thanawi
  • h.      Jawatan Siak 3 orang – berkelulusan Diploma/STAM/8 Thanawi
  • i.         Jawatan Pegawai Ekonomi – berkelulusan Diploma
  • j.        Jawatan Pegawai Pemulihan – berkelulusan Diploma/STAM/8 Thanawi
  • k.       Jawatan Pegawai Kebajikan – berkelulusan Diploma/STAM/8 Thanawi
  • l.         Jawatan Pengawas Perpustakaan - berkelulusan Diploma/STAM/8 Thanawi
  • m.    Jawatan Warden – berkelulusan Diploma/STAM/8 Thanawi
  • n.      Jawatan Pegawai Teknikal – berkelulusan Diploma/STAM/8 Thanawi
  • o.      Jawatan Pembantu Tadbir – berkelulusan Diploma
  • p.      Jawatan Pengawal Keselamatan 8 orang – 2 syif, – berkelulusan Diploma
  • q.      Jawatan Tukang Kebun/Tukang Cuci/Penggali/Penjaga kubur 6 orang – 3 Syif - berkelulusan Diploma/STAM/8 Thanawi
  • r.        Pengurus jenazah (tukang mandi) 6 orang(3 lelaki dan 3 perempuan) - berkelulusan Diploma/STAM/8 Thanawi
  1. Setiap masjid/surau menguruskan takaful khairat kematian anak kariah masing2 dengan minima bayaran RM60 setiap keluarga setahun.
  2. Masjid/surau mesti merangka dan menyusun program hujung minggu dan cuti sekolah yang sewajarnya untuk anak qariah masing-masing.
  3. Masjid/surau mengadakan solat sunat taubat dan hajat setiap malam.
  4. Kuarters guru/kerajaan yang menjadi gajah putih dipulihkan kembali. Cadangan
  • a.       diswastakan untuk sewaan kediaman orang ramai/
  • b.      dijadikan pusat latihan kerajaan seperti pusat kegiatan guru/pusat kursus dalaman/ dan sebagainya lagi.
  1. Subjek pengajian Islam (kepelbagaian mazhab aqidah (semester 1), kepelbagaian mazhab fikah (semester 2), tasauf (semester 3), perbandingan agama (semester 4) dijadikan matapelajaran wajib untuk calon STPM/sijil kemahiran/diploma/sarjana muda. Ini sejajar dengan pelbagai isu agama dan perkembangan peningkatan imigran Islam dari negara lain yang membawa mazhab mereka sendiri.
  2. Setiap sekolah dibukakan cawangan bank bagi menggalakkan penyimpanan wang di kalangan pelajar walaupun RM0.50 sehari.
  3. Setiap individu yang bekerja sendiri/swasta wajib mencarum PERKESO dan KWSP dengan bayaran minimum RM120 setahun yang boleh dipotong daripada elaun/wang bantuan yang mereka terima melalui agensi tertentu. Potongan ini bertujuan untuk bantuan bencana akibat pekerjaan [kemalangan/sakit]. Melalui kaedah ini dapat mempercepatkan proses bantuan berterusan untuk mangsa dan waris serta mengurangkan kadar kemiskinan dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kebajikan daripada kerajaan apabila berlakunya bencana ke atas seseorang individu yang menjadi ketua keluarga atau tempat keluarga bergantung sumber kewangan.
  4. Elaun maksima RM500-700 sebulan untuk individu yang bekerja sendiri/usahawan dalam bidang pertanian (ikan dalam kolam/sangkar/penternakan/perkebunan/petani dll) berdasarkan tahap/keluasan kerjaya sehingga akhirnya pendapatan melebihi aras B40 dengan syarat berdaftar dengan FAMA/MARDI/RISDA/PORIM/IKS atau agensi kerajaan yang lain yang memfokuskan kepada bidang pertanian/industri pertanian.
  5. Setiap individu yang menganggur didenda/dipenjarakan/dijadikan buruh paksa dalam sektor pembersihan/perladangan/pembinaan/bidang kritikal yang lain dan cuma dibayar elaun RM300-RM499. Seandainya dalam tempoh berkenaan, mereka mencapai kompetensi yang ditetapkan, barulah mereka diberikan gaji minimum RM1000 sebulan.
  6. Semua lepasan SPM/STAM/STPM diwajibkan mengikuti latihan pekerjaan/kursus induksi (belajar undang-undang buruh/undang-undang kerajaan tempatan/pembelian kenderaan@ rumah /perancangan hidup/pelaburan/takaful) dan penempatan pekerjaan/sukarelawan sementara menunggu untuk menyambung belajar dan dibayar elaun RM500 sebulan. Pengecualian kepada yang menjaga ibubapa dan mereka ini tertakluk kepada perkara 13.
  7. Pinjaman peribadi/kenderaan/perumahan di bank kepada sukarelawan hanya dikenakan caj keuntungan sebanyak 2.0%-2.5% sahaja. Lagipun sukarelawan telah menjadi salah satu program pendidikan formal di IPT dan juga menjadi kerjaya pilihan generasi sekarang yang berorientasikan sosial dari segi aspek ilmu psikologi. Para sukarelawan ini mesti berdaftar melalui NGO/Jabatan Kebajikan Masyarakat/Kementerian Sumber Manusia.
  8. Majikan wajib memberi kelulusan cuti tanpa rekod 30 hari setahun untuk kakitangan terlibat kegiatan NGO samada sektor swasta atau kerajaan dan memberi  markah penilaian 15% kepada individu yang terlibat dengan NGO termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia.
  9. Majikan wajib memberi kelulusan cuti tanpa rekod 30 hari setahun untuk kakitangan menuntut ilmu/berkursus dan memberi  markah penilaian 15% kepada individu yang terlibat dengan majlis menuntut ilmu termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia.
  10. Pengangkutan awam ditingkatkan. Penggunaan van dijadikan sebagai pengangkutan awam di Semenanjung Malaysia sepertimana kawasan pedalaman di Sabah. Syarikat pengangkutan berkenaan diberikan bantuan yang sewajarnya bagi membantu menampung kos operasi.
  11. Sekolah pemulihan akhlak/penjara berorientasikan agama.
  12. Pusat jagaan warga emas/OKU/kanak-kanak di tempat kerja. Dijaga oleh sukarelawan.
  13. Semua keluarga yang tidak mempunyai anak, diberi penawaran untuk menjaga anak yatim piatu samada dalam Negara atau daripada pelarian negara lain.
  14. Semua jalan utama di hadapan sekolah secara automatik dipasang dengan lampu trafik dan lintasan pejalan kaki tanpa perlu menunggu permohonan daripada pihak sekolah dan setelah ramai mangsa kemalangan jalan raya meninggal dunia atau mengalami kecatatan.
  15. Peniaga tanpa lesen tidak perlu disita sehingga menyebabkan majlis daerah tiada ruang untuk menyimpan barang/berlakunya pergaduhan antara penguatkuasa dengan orang ramai. Sebaliknya, ianya boleh digantikan dengan memberikan kepada mereka borang permohonan dan lessen ketika itu juga, dan dikutip yuran bulanan ketika itu juga sepertimana yang dilakukan di pasar-pasar malam/pasar tani. Seandainya tempat mereka berniaga tidak sesuai/merbahaya, mereka dikumpulkan di satu tempat khas untuk berniaga. Selain itu, mereka juga diwajibkan mengikuti kursus undang-undang kerajaan tempatan. Seandainya tidak hadir juga dan selepas itu masih melanggar peraturan, barulah dikenakan denda.
  16. Peruntukan kepada NGO belia disalurkan secara terus kepada mereka tanpa perlu melalui Majlis Belia Daerah/Negeri/Kebangsaan. 
  17. Program sekolah tidak perlu diadakan pada hujung minggu untuk memberi ruang kepada guru dan pelajar mengikuti program keluarga masing-masing dan juga aktiviti masyarakat. Kecuali atas persetujuan guru atau pelajar sendiri dan perkara ini tidak dimasukkan dalam penilaian perkhidmatan.
  18. Semua latihan kokurikulum/sukan mesti ditamatkan selewat-lewatnya jam 615 petang supaya warga sekolah bersedia untuk menunaikan solat fardhu Maghrib. Guru bertanggungjawab memastikan pelajar menunaikan solat fardhu pada awal waktu secara berjemaah apabila pelajar berada di sekolah.
  19. Tiada lagi sekolah sesi petang. Seandainya sekolah satu sesi dilaksanakan (8pg-5ptg), jadual waktu solat, tidur qoilullah, minum pagi, makan tengahari dan minum petang, aktiviti kokurikulum/sukan, jadual waktu guru berfokus pagi atau petang, mestilah disusun dengan sewajarnya. Begitu juga dengan cuti tahunan guru dan nisbah guru dengan murid yang perlu dikecilkan dengan kata lain seorang guru nisbahnya tidak boleh lebih dari 10 orang pelajar tidak termasuk pengetua, kaunselor dan kakitangan pentadbiran sekolah yang lain.
  20. Tiada kelas tambahan sekolah pada waktu malam kecuali kelas agama.
  21. Sekolah mengadakan solat sunat taubat, hajat dan dhuha setiap hari.
  22. Memandangkan guru sudah berada di sekolah semenjak jam 715pagi, semua guru dibenarkan balik sebelum jam 3.00petang walau apapun aktiviti sekolah.
  23. Perkhidmatan kaunseling di sekolah diperkasakan kembali dengan meletakkan statusnya pada tempat yang sepatutnya iaitu sebagai pegawai kaunselor sekolah untuk semua warga sekolah. Tidak termasuk dalam jumlah guru dan gerak kerja guru yang lain. Mempunyai jabatannya yang tersendiri dan bertaraf exofficio di sekolah di bawah pengetua. Bertanggungjawab terus dengan Lembaga Kaunselor atau Jabatan Kaunseling Negara dan penilaian oleh Jabatan Kaunseling Negara bukannya pengetua. Diberi kuasa untuk memanggil warga sekolah untuk menjalani sesi kaunseling tanpa halangan atas alasan akademik kerana warga sekolah yang sedang runsing tidak akan fokus pada akademik walaupun jasadnya di dalam kelas. Jikapun cemerlang, emosinya tidak stabil dan berisiko untuk bertindak mengikut nafsu. Sepertimana jururawat pergigian dan pegawai perubatan yang memberikan suntikan boleh memanggil pelajar pada waktu persekolahan tanpa sekatan. Semua guru bimbingan sekolah yang tidak mempunyai kelulusan dalam bidang kaunseling seperti yang disyaratkan Lembaga Kaunselor Malaysia diarahkan untuk kembali ke perjawatan perguruan untuk digantikan dengan individu yang berkelayakan supaya disesuaikan dengan perjawatan Kaunselor Sekolah. Setiap Jabatan Kaunselor Sekolah mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang pegawai iaitu 3 orang kaunselor, seorang psikologi dan seorang psikiatri, seorang kerani kewangan dan seorang kerani pentadbiran.
  24. Jabatan Kaunseling Negara ditubuhkan sesuai dengan senario semasa dalam masyarakat bagi menguruskan perkhidmatan kaunseling untuk membantu membangunkan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan