Selasa, 21 Julai 2020

USUL ABIM SIK DALAM PEMBANGUNAN PERPADUAN DAN PATRIOTISME BELIA

USUL: PEMBANGUNAN PERPADUAN DAN PATRIOTISME BELIA

MEMAHAMI BAHAWA golongan belia merupakan aset penting dalam pembangunan dan halatuju negara pada masa hadapan, perpaduan dan semangat kenegaraan merupakan satu elemen penting dalam keutuhan dan pengukuhan sesebuah Negara.

MENGINSAFI BAHAWA semakin maju dan berkembangnya sesebuah negara, pepatah “BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH” semakin dipandang remeh serta RUKUN NEGARA dipandang sepi.

MAKA,

Kami Angkatan Belia Islam Malaysia Sik mencadangkan:-

1.       Setiap ahli persatuan belia khususnya Majlis Tertinggi/jawatankuasa mengadakan lawatan / ziarah ke rumah ahli persatuan masing – masing sekurang-kurangnya 1 kali setahun. 

2.       Menggalakkan belia solat berjemaah di surau/masjid atau di mana –mana sahaja serta menjadikan solat fardhu 5 waktu berjemaah di awal waktu adalah kewajipan dalam program yang disusun belia kerana Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa tonggak kepada kesatuan hati/perpaduan adalah solat berjemaah.

3.       Mengingatkan belia dalam setiap kali perjumpaan atau program bahawa Allah s.w.t. menjadikan kita pelbagai bangsa, suku, bahasa, agama untuk menyedari kekuasaan Allah, saling kenal mengenali, tolong – menolong ke arah kebaikan, berkasih –sayang dan mentadbir alam ini menurut perintah Allah.

4.       Mengingatkan belia dalam setiap kali perjumpaan atau program bahawa mencintai negara dan mempertahankan negara adalah wajib dan matinya dikira mati syahid.
Dibangunkan muzium sejarah pembangunan dan perpaduan daerah Sik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan