USUL: PEMBANGUNAN MODAL INSAN BELIA
MEMAHAMI BAHAWA
golongan belia merupakan aset penting dalam pembangunan dan halatuju negara
pada masa hadapan, pelbagai langkah dan usaha perlu dilakukan bagi memastikan
pembangunan modal insan belia berada pada tahap cemerlang.
MENGINSAFI
BAHAWA semakin maju dan berkembangnya sesebuah negara, semakin runtuh
pembangunan modal insan para belia yang
telah dibina sekian lama.
MAKA,
Kami Angkatan
Belia Islam Malaysia Sik mencadangkan:-
1. Satu aktiviti utama setiap persatuan belia untuk
ahli yang beragama Islam adalah solat berjemaah sekurang-kurangnya dua waktu
seminggu disertai bacaan Yaasiin bersama-sama ahli persatuan masing-masing sama
ada di surau atau di pejabat persatuan atau di rumah ahli.
2. Semua belia Sik mengikuti program jati diri
selama 7 hari dan kursus kepimpinan dan pengurusan organisasi selama 7 hari,
kursus Pemantapan Fardhu `Ain 7 hari (pelajar Islam) dan kursus Pengajian
Al-Qur`an (pelajar Islam) @ Kursus Ketatanegaraan (pelajar belum Islam) selepas
tamat PMR/PT3 di Kem PLKN/ atau tempat lain yang difikirkan sesuai dengan
kerjasama Pejabat Parlimen Sik, Pejabat Pendidikan Daerah Baling Sik, Pejabat
Kebajikan Daerah Sik, Pejabat Penerangan, PDRM dan Tentera. Ini secara tidak
langsung juga dapat mengelakkan keciciran pelajar ke sekolah selepas
peperiksaan PMR/PT3 dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah dan yang
lebih penting selepas mendapat keputusan PMR/PT3 kerana didapati terdapat
pelajar yang berhenti sekolah. Belia lepasan SPM/STPM yang dikenalpasti
menganggur atau tidak menyambung pengajian oleh pihak JKKK atau NGO setelah
pelajar lain semuanya menyambung pelajar juga diberi arahan untuk mengikuti
program ini.
3. NGO belia perlu menjadi tonggak untuk
menghidupkan surau/masjid di kawasan masing – masing dan menggalakkan golongan
belia untuk sama – sama mengimarahkan aktiviti yang diadakan.
4. Belia-belia juga boleh mengimarahkan aktiviti
surau/masjid melalui kepakaran masing – masing dengan membuat kursus
/taklimat/ceramah/aktiviti di surau/masjid untuk masyarakat setempat seperti tuisyen, motivasi, pemeriksaan dan
penjagaan kesihatan, penjagaan kenderaan, menternak haiwan dan sebagainya lagi.
5. Pasangan belia yang telah berkahwin lingkungan 1,
3, 5 tahun dan 10 tahun ke bawah perlu mengikuti kursus pasca perkahwinan sehari
sebulan selama setahun pada tahun berkenaan dan kursus pendidikan anak-anak
setengah hari sebulan selama setahun setelah anak pertama berumur 6 bulan bagi
membantu membentuk keluarga sakinah. Boleh diadakan dengan kerjasama Pejabat
Agama dan LPPKN.
6. Pasangan belia yang mempunyai anak perlu
memastikan anak-anak mereka menghadiri kelas mengaji Al-Qur`an seawal usia 4
tahun di mana – mana pusat pengajian atau mengadakannya di rumah masing –
masing dengan menjemput ustaz-ustazah datang mengajar di rumah berserta anak
jiran-jiran dan boleh disertakan dengan kelas fardhu `ain/agama untuk diri dan
jiran tetangga.
7. Diwujudkan Pusat Dakwah/Kompleks Islam daerah
Sik dan Kompleks Belia Sukan daerah Sik (yang juga mempunyai pejabat-pejabat
untuk NGO belia daerah Sik).
8. Menubuhkan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM),
Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP)
dan Politeknik daerah Sik kerana Institut Kemahiran MARA (IKM), Pusat Giat MARA
(PGM), Kolej KEDA dan Kolej Komuniti tidak mampu menampung permintaan sedia ada/
tidak menawarkan jurusan yang dikehendaki oleh belia.
9. Menubuhkan institusi pendidikan berorientasikan
akademik di samping kemahiran seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Kolej
Profesional MARA (KPM).Menubuhkan
pusat pengajian agama seperti tahfiz pada peringkat sekolah menengah rendah,
menengah atas dan pengajian tinggi seperti diploma/sarjana muda/sarjana/doktor
falsafah yang merentasi pelbagai bidang seperti tahfiz sains, tahfiz sastera,
tahfiz kemahiran yang dilaksanakan serentak dengan ilmu pertahanan/ketenteraan
dan teknologi di kesemua institusi berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan