USUL: MENANGANI ISU GEJALA SOSIAL
MEMAHAMI BAHAWA
golongan belia merupakan aset penting dalam pembangunan dan halatuju negara
pada masa hadapan, pelbagai langkah dan usaha perlu dilakukan bagi memastikan
kualiti dan ketrampilan belia terjamin pada masa akan datang.
MENGINSAFI
BAHAWA semakin maju dan berkembangnya sesebuah negara, semakin lunturnya nilai
– nilai murni dan kualiti dalam diri seseorang terutamanya golongan belia yang
merupakan tunggak negara pada masa hadapan.
MAKA,
Kami Angkatan
Belia Islam Malaysia Sik mencadangkan:-
- Semua bentuk kegiatan judi di Daerah Sik
diharamkan sama ada berlesen atau tidak berlesen. Bagi yang berlesen, kesemua
lesen berkenaan hendaklah ditarik kembali dan tiada lesen baru dikeluarkan
sehingga berlakunya kiamat sejajar dengan perintah semua agama bahawa berjudi
hukumnya adalah haram dan kesannya yang lebih memudaratkan berbanding
kemaslahatan.
- Semua bentuk penjualan arak di Daerah Sik
diharamkan sama ada berlesen atau tidak berlesen. Bagi yang berlesen, kesemua
lesen berkenaan hendaklah ditarik kembali dan tiada lesen baru dikeluarkan
sehingga berlakunya kiamat sejajar dengan perintah semua agama bahawa minum
arak hukumnya adalah haram dan kesannya yang lebih memudaratkan berbanding
kemaslahatan.
- Semua bentuk penjualan CD lucah di Daerah Sik
diharamkan sama ada berlesen atau tidak berlesen. Bagi yang berlesen, kesemua
lesen berkenaan hendaklah ditarik kembali dan tiada lesen baru dikeluarkan
sehingga berlakunya kiamat sejajar dengan perintah semua agama bahawa menonton
video lucah hukumnya adalah haram walaupun kepada orang yang sudah berkahwin
dan kesannya yang lebih memudaratkan berbanding kemaslahatan.
- Kesemua peniaga yang menjual rokok kepada
pembeli bawah umur dikenakan tindakan tegas selain denda iaitu ditambah dengan
mengikuti kursus jati diri selama seminggu. Jika kesalahan berulang, dikenakan
hukuman tambahan kedai disita selama 3 hari selain denda dan kursus jati diri
kali ke dua. Pengedar rokok yang mensasarkan remaja dan belia bawah 18 tahun
ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal.
- Kesemua pengedar dan pembekal dadah ditangkap
dan dikenakan hukuman setimpal.
- Semua peniaga gerai makan yang mempromosi gerai
makan dengan cara penyediaan perkhidmatan karoake diberi kursus kaedah promosi
yang positif dan bukannya yang melalaikan/merosakkan masyarakat.
- Sebarang bentuk
hiburan/persembahan/aktiviti/kegiatan yang boleh atau mempunyai unsur-unsur
merosakkan/melalaikan belia tidak dibenarkan diadakan di daerah Sik. Jika
timbul kemusykilan, Pandangan Majlis Fatwa perlu dirujuk terlebih dahulu
sebelum gerak kerja dilaksanakan.
- Kenalpasti belia yang berjinak dengan rokok dan dadah untuk dihantar ke klinik rokok dan pusat pemulihan dadah. Rawatan pemulihan dadah hendaklah menggunakan pendekatan membawa klien dekat kepada Allah iaitu dengan pendekatan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan